Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Buaya Oren Misteri Digelar Buaya Trump atau 'Trump-a-gator'


CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT - Penduduk di Charleston di sini terkejut dengan kemunculan seekor buaya berwarna oren - yang seakan-akan rambut Trump.

Buaya dengan warna pelik itu mencetuskan pelbagai spekulasi kerana rata-rata penduduk di kawasan tersebut tidak pernah melihat buaya berwarna itu sebelum ini.

Disebabkan warna unik itu, buaya terbabit digelar buaya Trump atau Trump-a-gator.

"Kami gelarnya sebagai buaya Trump, kerana warnanya itu," jelas penduduk.

Menjelaskan perkara itu, pakar dari Jabatan Sumber Asli Selatan Carolina berkata, warna oren buaya sepanjang 4-5 kaki itu bukanlah warna semula jadi.

"Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, berkemungkinan ia menghabiskan  musim sejuknya di dalam paip keluli pembetung yang berkarat," katanya.

Sumber: UPI



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli