Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Orang Ramai Menjadi Mangsa, BNM Kongsi Cara Untuk Kenal Pasti Antara Wang Kertas Palsu Dan Tulen

No Comment

Dengan kecanggihan teknologi juga sistem yang ada, sudah pasti terdapat lambakan produk yang terhasil, dan dari situ juga akan muncul produk tiruan atau palsu yang dapat meniru seakan-akan produk yang sebenar, dan ianya hanya boleh dikesan jika kita meneliti dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan wang palsu, di mana ada pihak, atau insan yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan wang tersebut dan dengan sewenang-wenangnya menggunakannya begitu sahaja dengan membeli barang, menukar wang di kedai, atau membuat sesuatu pembayaran, dengan niat untuk mendapatkan wang asli (original).

Mungkin masih ada lagi wang palsu di luar sana yang berlegar-legar, dari tangan ke tangan, mana tahu, kita sendiri memilikinya tanpa kita sedar, dan untuk mengetahuinya, kita seharusnya cek dengan teliti. Juga sekiranya kita mencurigai akan wang kertas yang diterima, kita boleh lakukan langkah-langkah yang dikongsikan oleh laman Bank Negara Malaysia ini.

Mari kita ikuti apa yang seharusnya kita lakukan jika menerima wang palsu.


Mengenai Wang Kertas Yang Dikatakan Palsu di ATM

Apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah-langkah seperti yang terdapat dalam imej yang dilampirkan.

Sekiranya anda mengesyaki wang kertas yang diterima daripada institusi kewangan, termasuk ATM, adalah palsu, sila hubungi institusi kewangan tersebut atau Bank Negara Malaysia. Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana maklumat khusus yang dimaklumkan kepada kami.

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu

Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai. Sekiranya anda mengesyaki ketulenan wang kertas semasa melakukan transaksi, ikuti langkah-langkah mudah ini:

1. Pegang wang kertas yang disyaki palsu seminimum yang boleh.

2. Jangan tulis pada, rosakkan, koyak atau ubah suai wang kertas yang disyaki palsu.

3. Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu.

4. Masukkan wang kertas yang disyaki palsu ke dalam sampul surat atau plastik bertutup dan gamkan sampul surat atau plastik tersebut.

5. Catat semua butiran pada kertas yang berasingan mengenai bagaimana anda menerima wang kertas yang disyaki palsu itu.

6. Buat laporan polis secepat mungkin.


Bagaimana pula untuk kita mengetahui apakah perbezaan wang palsu dan wang asli? Anda boleh merujuk pada gambar di bawah untuk memeriksa ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas, atau boleh klik pada pautan ini.


1. Ukir Benam
 2. Tanda Air Digital

 3. Angka 100 - Dilihat Melalui Cahaya/Lampu Putih

 4. Garisan Gelap

 5. Gambar Bunga Raya

 6. Jalur Berwarna Emas

 7. Huruf Yang Terukir Benam

 8. Gunung Kinabalu

9. Tulisan Dan Logo 

10. Merah, Kuning dan Biru
Sekiranya anda mengeluarkan wang dari mesin ATM, dan mendapati wang tersebut adalah palsu, dan siasatan mendapati wang tersebut terbukti dikeluarkan oleh sesebuah mesin ATM, anda boleh menuntut ganti rugi daripada pihak bank yang mengendalikan mesin ATM tersebut.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli