Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Tarik Keluar Seekor Lipas Selepas Wanita Rasa 'Sensasi Panas' di Mata & Geli-Geli Dalam Hidungnya

No Comment

Seorang wanita yang mengalami rasa sakit kepala akhir-akhir ini terkejut apabila doktor mendapati ada seekor lipas di dalam tengkorak kepalanya.

Selvi, 42, berkata dia tersedar di tengah-tengah malam kerana tidak tahan dengan perasaan seolah-olah ada benda bergerak di lubang hidung kanannya dan rasa 'terbakar' di kepala.

Hasil ujian imbasan mendapati serangga itu berada di dalam tengkorak antara matanya.

Bagaimanapun, doktor berjaya mengeluarkan lipas terbabit dalam prosedur berdurasi 45 minit. Doktor berkata, sekiranya wanita tersebut tidak mengendahkan rasa gatal itu, lipas terbabit akan mati dan ia boleh menyebabkan infeksi berdekatan dengan otak.





Menceritakan kejadian, Selvi, dari Injambakkam, India berkata: "Reaksi saya selepas merasa rasa gatal itu adalah dengan membersihkannya.

"Namun, sebelum saya dapat lakukan apa-apa, ia masuk lebih dalam. Saya tidak dapat menjelaskan perasaan (gatal) itu tapi saya pasti ia adalah serangga.

"Setiap kali serangga itu bergerak, ia memberikan sensasi terbakar di mata saya." kata Selvi.

Selvi kemudian bergegas ke klinik berdekatan namun doktor di klinik itu gagal menemui sebarang masalah. Hari berikutnya, dia pergi keHospital Stanley Medical College di Chennai dan doktor di hospital itu berjaya mengesan serangga terbabit.

Dr. M N Shankar, ketua bahagian ENT di hospital itu berkata: "Ini adalah kes pertama seumpama ini yang pernah saya lihat setelah tiga dekad mencebur diri dalam bidang ini.

"Ia (lipas) berada di pangkal tengkorak, antara dua mata, dekat dengan otak.

Shankar berkata lagi, operasi membuang lipas itu mengambil masa 45 minit kerana ia sukar dibuang disebabkan kedudukannya.


Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli