Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Hanya Petik Buah Sahaja, Lelaki Ini Kongsi Beberapa Kerja Yang Mungkin Anda Minat Untuk Cuba Di Luar Negara, Cuma Sanggup Atau Tidak Sahaja

No Comment

Bukan mudah untuk bermastautin di negara asing, kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar sewaktu ingin memulakannya. Perlu jauh dari keluarga, berdikari, dan tidak pulang ke kampung halaman dalam masa yang lama.

Bila dikatakan bekerja di luar negara, ramai di antara kita yang terfikir akan pekerjaan memetik buah, yang mana terkenal dalam kalangan kita dan pernah menjadi isu suatu masa dahulu. Tapi, yang sebenarnya banyak juga kerja yang boleh dilakukan di negara luar, cuma mahu dan tidak sahaja.

Menurut perkongsian dari saudara Irwan Dahnil yang telah menetap lama di luar negara, dan juga bekerja di sana, saudara Irwan telah kongsikan beberapa pekerjaan yang boleh dicuba, atau dilakukan jika anda ingin menetap di luar negara, dan ianya bergantung pada kemahiran, juga kesanggupan anda.

Kerja yang macam manakah ada di luar negara, mari kita ikuti perkongsian darinya.


Lebih lagi untuk orang muda yang mahu merantau, memang sangat aku galakkan keluar dan tengok negara yang kau mahu pergi. Site visit kata orang. Pergi menilai sendiri, supaya kau boleh matang.

Buat aktiviti dan belajar kehidupan sebenar disana. Live like local, beli barang mentah dan masak sendiri.

Meh aku senaraikan beberapa kerja yang mungkin kau minat. Anggap sahajalah sebagai tugasan luar negara.

a. Jadi Cikgu Bahasa

Haha.. Kena terima hakikat, Bahasa Malaysia bukan bahasa antarabangsa. Memang peluang tipislah kecuali kau mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa international yang lain.
.
b. Bekerja 3H (Hotel, Hostel atau Homestay)

Banyak tempat penginapan ini mencari staf tambahan ketika musim ramai pelancong. Ada yang bagi kerja untuk jangka masa pendek dalam beberapa minggu sahaja. Tapi mana tahu rezeki,buka peluang untuk kerja jangka masa panjang.

c. Memilik Lesen Praktis Bertauliah

Aku bagi contoh seperti scuba diving instructor. Ketika aku ambil lesen menyelam di Pulau Mabul Sabah, masih ingat lagi instructor aku adalah orang dari US. Dia datang ke situ memang untuk diving sahaja matlamatnya, tetapi untuk dapatkan penginapan percuma dia mengambil kerja part time. Makan free, penginapan free, duit dapat dan hari-hari dapat diving! Syurga dunia untuk dia.

d. Kerja Kapal Cruise

Kau boleh bayangkan kapal ini macam hotel tengah laut. Ada semua perkhidmatan dari housekeeping sampai ke hiburan. Aku ada seorang kenalan dari Malaysia yang sedang rintis jalan ini. Aku pun excited dengan, aku harap dia berjaya. Nanti aku boleh kongsikan dengan semua. Kerja kapal ini lumayan woi.

e. Kerja di Ladang dan Kolam Ikan

Biasa kalau aku cakap ladang, semua tengok petik epal. Haha. Ada banyak lading di dunia ini. Ladang kopi contohnya. Lain negara lain ladangnya. Aku pernah tengok kawan aku sempat ke tempat pakcik dia di Sicily, Italy. Bukan takat strawberi dan epal. Apa berry kau tak pernah dengar pun ada. Memang kerja keras sikit, tapi pengalaman memang mahal.

f. Petik Buah

Ini popular di kalangan orang Malaysia. Sampai kena tipu dengan agen pun ada. Dijanjikan pulang yang lumayan bila kerja di Australia. Bila sampai bukan musim petik buah, nangis tepi katil jawabnya. Aku bukan mahu cakap ini tipu. Tidak, kerja petik buah ini memang betul dan seluruh dunia tahu tentang kerja ini. Cuma kena lebih berhati-hati. Itu sahaja.

g. Au Pair

Nganga kan bila aku sebut perkataan ini. Bunyi macam glamer. Sebutannya ‘ou-pair’, bahasa Perancis. Nama glamer di Malaysia adalah pembantu rumah bukan tempatan. Bibik, amah adalah sebutan lain. Au pair membuat kerja rumah, jaga anak dan sepertinya. Kita pun sudah maklum kerja apa. Kalau kau tidak suka budak, janganlah minta.

h. Tukang Urut

Dulu aku tidak pernah terfikir tukang urut laku serata dunia. Sampai seorang bekas pelajar aku hubungi menyatakan hasrat untuk mengambil kursus itu di UK, dan mahu membuka cawangan pusat urut ahli sukan. Baru aku faham bahawa mereka ini ada skill yang diiktiraf dan boleh diterima di banyak negara.

i. Yoga, Zumba atau Aerobik Instructor

Di Malaysia pun aktiviti ini sangat popular. Kalau kau ada pengalaman, ini sangat membantu. Atau kalau kau boleh dapat sijil jadi instructor lagilah laku. Pengamal aktiviti ini berada di seluruh dunia. Dari barat sampai ke timur. Peluang kau untuk melihat banyak tempat sangat tinggi.

j. Chef dan Tukang Masak

Negara mana yang tidak makan ye tak? Permintaan sangat tinggi dimana-mana. Kalau kau ada pengalaman masak pelbagai juadah dari pelbagai negara, lagilah tinggi peluang kau. Cuba sahaja. Restoran atau hotel. Selalunya ini kerja yang berbayar.

k. Tour Guide

Ini kerja aku buat dulu. Sambil-sambil bawa orang, aku tengok peluang untuk diri aku sendiri. Tapi tentunya, membawa orang ini pun mesti ada pengalaman. Ada kawan yang minta peluang untuk menjadi tour guide di Eropah, tapi dia sendiri belum pernah sampai ke sini. Tidak sampai hati aku mahu membahayakan pelanggan dengan memberikan kerja kepada orang yang tidak punya pengalaman. Boleh follow #projektourleader

l. Street Performer atau Ahli Musik

Dari kau petik gitar di kedai kopi, cuba kau bawa bakat kau di tepi jalanan. Di Eropah, bakat dan seni sangat dihargai dan pemusik terkenal pun memulakan karier dari tepi jalan sahaja. Mereka bermain musik, letakkan sahaja tabung di depan.

m. Pendandan Rambut atau Make Up Artist

Aku beberapa kali berjumpa dengan orang yang pernah terlibat dengan bidang ini dan bertanya peluang di luar negara. Bagi aku ini kerja yang sangat teliti dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

n. Model

Kau jangan ketawa. Di luar sana, model itu bukan hanya orang cantik dan slim sahaja. Orang hitam, gemuk dan pendek pun ada yang jadi model. Aku pernah baca di internet, bayi Down Syndrom pun terpilih untuk jadi model pakai Osh Kosh B’Gosh. Jangan main-main. Untuk rekod, orang tua berumur 80 tahun pun layak. Model pelbagai bangsa. Bukan hanya untuk orang putih sahaja.

o. Jurugambar atau Video Kembara

Ambil gambar pemandangan dan jual di internet. Tapi skil pun mesti ada. Kemudian bila kau travel, offer kepada mana-mana syarikat yang mahu produknya di ambil gambar di luar negara. Sambil menyelam, minum air.

p. Personal Shopper

Aku suka la bawa mak jenah shopping kat UK. Berbondong barang orang kirim. Beranak cucu beg dia bila nak balik Malaysia.

Itu senarai yang aku kongsi. Kau hanya akan dapat real feeling kalau kau terlibat secara aktif dengan sekeliling. Kau kena cuba bercakap, berinteraksi dan memahami bagaimana orang lokal berfikir.

Berhenti berangan. Mulakan dengan apa ada di tangan.

Keluarlah wahai anak. Sampai bila mahu melingkar bawah ketiak emak. Lemas tau.

Catatan kembara #192
Irwan Dahnil
Tukang basuh cadar homestay
Glasgow, Scotland

Nota : Share sahaja jika bermanfaat. Carilah peluang diluar sana, rezeki Tuhan tebar luas merata-rata. Follow cerita kembara Irwan Dahnil jika kau juga minat kehidupan di luar negara.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli