Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Makan Ke Kepak Ayam Ada Kesan Lebam, Betul Ke Itu Kesan Bekas Cucuk?


Sering kita dengar ramai orang yang takut untuk memakan ayam di bahagian kepak kerana kata mereka bahagian ini merbahaya kerana ia adalah tempat ayam dicucuk.

Tetapi betul ke ayam berkenaan dicucuk? adakah ia kaedah ini sebenarnya menyusahkan di mana ayam perlu dicucuk seekor demi seekor sedangkan di dalam reban ada lebih 30 hingga 40 ribu ekor ayam.

Jom kita baca perkongsian di bawah.


Jangan makan kepak, doktor kata situ tempat kena cucuk. Boleh sebabkan cancer. Biasa dengar kan? Kalau baca post ukhti sebelum ni ukhti ada cakap itu fitnah. Kenapa fitnah, mari kita sama-sama telusuri.

Mitos: kepak - tempat ayam kena cucuk. Fakta: we don't do injection on ayam. Unless, for blood sample taking. Not for all chicken. Sample only.

However, we do vaccinate the wing area. And, it is only happening in breeder or layer farm. Macam mana kita vaksin? Kita puncture wing web area ayam tu. Tak inject pun.

Merujuk kepada post ukhti sebelum ni, breeders are not for human consumption. Thats why kita boleh cucuk segala jenis vaccine semua tu.

Namun, dekat broiler farm, we don't do that. Kenapa? Mula-mula sekali, sebelum kita masuk bab sains, apa kata kita cakap pasal duit dulu. Sebab tu alasan paling logik untuk membetulkan fakta yang kita selalu dengar ni. 

Ok, satu batch ayam dekat breeder farm adalah dalam 10000 ekor. Tak banyak. So we can form a vaccine team yang boleh cucuk seekor demi seekor ayam dalam satu hari. Tapi, dalam broiler farm, one house will be around 25000 birds. In one day, akan ada placement around 4 house. 

More or less. Ni contoh tau. We are talking about big farms, yang duit mengalir setiap hari. That means, sehari kita receive dalam 100000 ekor ayam. Siapa nak cucuk kepak seratus ribu ekor ayam? Nightmares! Even 10000 ekor pun nak menangis ukhti habiskan, bayangkan 10 kali ganda.

Kalau dalam small farm pun, nak hire seorang pekerja pun dah costly. Tambah minimum wage sekarang dah rm 1000. So, can you imagine berapa puluh pekerja kita kena hire untuk mencucuk ayam semata-mata? Kita belum lagi ada teknologi machine yang boleh vaksin ayam yang dah besar.
Tu belum lagi cakap pasal mitos ayam kena cucuk hormon la antibiotik la. 

You think company yang 24 jam kira duit ni nak keluar duit ke untuk benda yang wasting money macam ni. Lagi satu, vaccine or any kind of antibiotik is not cheap. Not at all. Although we do vaccinate the chicken for biosecurity purpose, but we use the most logical method untuk vaccinate. Reducing the manpower at least.

Nampak tak? Kenapa ukhti kata itu fitnah. Sebab dia tak logik. Bukan senang nak pegang ayam sekor demi seekor semata-mata untuk inject something. Too risky. Ayam boleh injured, reducing quality, tambah kalau ada bekas cucuk. Merendahkan harga ayam tu. Logically speaking, we won't do that. For the sake of quality and money. Understand?

Ok lagi satu, ada yang kata lebam-lebam sekitar kepak ayam tu la bekas kena cucuk. Guys, that is the effect of mishandling. Especially masa harvesting.Tangkap ayam, hempas. Tarik kepak sesuka hati, angkat, lempar. Memang lebam lah ayam tu. kalau kita pun kena cuit sikit dah lebam sana sini. Apetah lagi ayam.

Sebab tu kita yang belajar animal science ni sangat pentingkan welfare. Kerana akhirnya dia balik kepada quality ayam tersebut. Cantik ayam, maka cantik la duitnya. Can you imagine the loss kalau ayam kena reject semata-mata sebab lebam macam tu. Dekat pasar malam mungkin orang tak kisah sangat. Tapi dalam commercial market, ayam yang tak cantik macam tu tak boleh dijual seekor terus. Kena potong-potong pulak. Kos lagi. - Nur Hanani

Jom baca perkongsian ini pula.






Jadi lepas ni tak takut dah kot nak makan 'chicken Wing' bakar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli