Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berniaga Guna Facebook, Tapi ‘Profile Picture’ Letak Kucing, Mana Orang Nak Percaya, Buat Usahawan Di Luar Sana Ini 7 Tips Pilih Gambar Untuk Nampak Lebih Profesional

No Comment
Menjadi diri sendiri, juga menyampaikan apa yang syarikat, atau perniagaan kita jayakan adalah penting. Lebih-lebih lagi jika ianya menggambarkan diri, imej, serta perniagaan yang dijalankan. Begitulah pentingnya untuk anda yang menjalankan perniagaan atas talian, khususnya Facebook yang mana gambar profil adalah salah satu unsur penarik pelanggan.

Banyak juga dia antara kita yang tidak menggunakan gambar sendiri, lebih-lebih lagi untuk profil Facebook dan ia sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan yang dijalankan, kerana orang ramai berasa was-was dengan pernigaan, atau servis yang disediakan.

Namun begitu, gambar yang bagimanakah sesuai untuk dijadikan sebagai gambar profil di Facebook yang mana akan membuatkan orang lebih yakin akan prniagaan yang dijalankan? Berdasarkan perkongsian dari perunding imej, saudari Azlia Idha terdapat 7 jenis gambar profil facebook yang boleh digunakan, supaya Nampak lebih professional.

Mari kita lihat perkongsian darinya.


Kenapa penting sangat profile picture ni?

Kalau orang yang berbisnes dalam fesbuk , profile picture lah perkara nombor 1 jadi First Impression bakal pelanggan.

Orang nak tengok mereka berurusan dengan siapa. Dengan bunga ros, kucing siam, kereta atau budak-budak?

Haa kalau usahawan yang letak gambar lain tu lebih baik letak wajah sendiri yang paling manis yang paling kacak.

Berganda-ganda naik kepercayaan dan kredibiliti kepada bisnes anda tau. Tertawan hati pelanggan senang nak berurusan

Owh ya..jika anda retis, celebrity, punya followers puluh ratus ribu atau menggunakan fesbuk untuk hal personal; maka profile photo bukan isu utama

3 kualiti utama First Impression yang dicari dalam fesbuk orang bisnes :

1- Mudah Didekati (approachable & friendly)
2- Ada kredibiliti sebagai orang yang pakar dalam bidang anda
3- Boleh dipercayai (bisnes online orang takut kena tipu atau scam)

Kualiti ini boleh didapati melalui gambar yang ada 7 ciri seterusnya.


1. Angle Atau Posisi Bergambar

Angle atau hala arah badan anda dalam gambar mainkan peranan penting tau. Paling bagus pose mengadap (depan) kamera, atau pusing sikit 45darjah.

Lagi satu tips best; pose muka atau badan menghala ke kanan.
Secara psikologinya ia seolah-olah menunjukkan kita menghadap ke status yang kita post di FB (rujuk gambar contoh). Mata pembaca lebih mudah fokus dan tertumpu pada konten posting kita bila muncul di newsfeed.

*psst kalau tak suka angle kanan , edit je flip photo tu

2. Latar Belakang Tak Serabut

Latar belakang yang serabut crowded boleh buat mata yang memandang tak fokus kepada kita.

Anda boleh crop gambar yang tak berkenaan ataupun guna saja apps blur kan latar belakang.

Paling mudah snap gambar berlatar belakang kosong sahaja.

3.Tersenyum

Satu kajian dibuat, orang lebih suka tertarik kepada wajah yang tersenyum. Paling berpengaruh adalah senyum yang nampak sebaris gigi. Kalau tak suka nampak gigi takpe janji kita sonyum dengan ikhlas!

4. Eye Contact

Eye contact pada kamera seolah-olah macam kita kata 'Hai, Selamat datang ke Fesbuk saya!' kepada yang memandang.

Ini sangat membantu menampakkan kita seorang yang lebih konfiden dan boleh dipercayai.

5. Paras Jarak

Ada orang suka ambil gambar selfie terlalu dekat sampai nampak penuh besar satu profile photo tu dengan muka dia, dan paling tak best bila ternampak segala macam detail bulu, bendasing atau jerawat yang sedang mekar meranum pada kulit

Nak selfie tak salah cuma kena jauhkan sikit je jarak tu.

Paling bagus gambar dari wajah ke bahu ataupun wajah ke pinggang

6. Warna Mengikut Mesej

Warna yang kita pakai menyampaikan mesej kepada orang yang memandang.

Mahu nampak lebih lembut, friendly, feminin maka pilih warna-warna pastel pada baju atau tudung (yang dominan)

Mahu nampak kita konfiden, matang, powerful leader maka pilihlah warna-warna gelap.
7. Pengcahayaan yang cukup

Tak terlalu terang, tak terlalu gelap. Yang sedang-sedang aja ya..

Saya perasan gambar tak cukup cahaya selalu terjadi kepada orang yang snap guna handphone. Rajinkan jari adjust brightness, contrast pada gambar tu ok.

Kalau pening, guna saja macam-macam apps edit gambar dalam phone tu

Lihat, betapa mudahnya untuk memastikan anda kelihatan lebih professional, dan dapat meyakinkan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan yang anda sesiakan. Tidakah mereka rasa was-was, atau gusar dengan siapa mereka sedang berurusan.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli