Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Bau Busuk Bawa Kepada Penemuan Bangkai Ular Sawa 8 Meter, Tersangkut Ketika Cuba Masuk Lubang Paip Longkang

No Comment

KULIM: Bau busuk yang dihidu pekerja pembersihan ketika menjalankan kerja mencuci longkang membawa kepada penemuan bangkai seekor ular sawa di kawasan Taman Kulim Hi Tech  Fasa 2, lapor Sinar Harian.

Menurut salah seorang pekerja pembersihan berkenaan, bangkai ular sawa batik tersebut telah dijumpai kira-kira jam 7.30 pagi di mana ular berkenaan telah tersangkut pada saluran paip yang ada di tepi longkang tersebut.

"Bau busuk sangat, kami pergi periksa di situ, terkejut nampak seekor sawa yang memang besar di situ, panjang lebih kurang lapan meter dan berat 60 kilogram.

"Rakan cuba menguis ukar tersebut namun tidak bergerak, dan dipercayai telah mati beberapa hari lalu kerana baunya yang busuk.

"Ular itu mungkin cuba menyusup masuk ke dalam salur paip yang bersaiz lebih kurang 12 sentimeter besar namun tersekat separuh badan kerana badannya besar," katanya.

Menurut beliau, dia sangat terkejut kerana ini kali pertama di melihat ular sebesar itu di hadapan mata sendiri.

"Semua cakap ini pertama kali mereka lihat ular sebesar ini dengan mata sendiri selalu tengok dekat televisyen atau pergi ke zoo sahaja.

"Ular tersebut telah diangkat menggunakan jentolak ke dalam lori sampah untuk di bawah ke tempat pelupusan," katanya. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli