Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ary Malik Dilaporkan Tenat Di Hospital Ampang


Pelakon dan pengacara, Ary Malik atau nama sebenarnya Aryanee Malik Abdul Malik, 46, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang ketika ini selepas menghidapi kanser ovari tahap empat, lapor Berita Harian.

Suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah.

"Ary tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu dan keadaannya sama hingga sekarang. Keadaannya kritikal dan doktor mengesyaki sel kanser sudah merebak ke kepala di mana dia juga mengadu sakit dalam perut sebelum disahkan menghidap kanser."

"Pada mulanya kami menyangka ia ketumbuhan biasa dan hanya selepas menjalani pembedahan baru doktor mengesan Ary menghidap kanser. 

"Mei tahun lalu, dia menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju sebelum menjalani kemoterapi sejak Jun lalu," katanya.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

"Anak sudah mengetahui keadaan ibu mereka sejak awal menghidap kanser. Anak sulung kami sudah matang, malah banyak mengambil tahu mengenai perubatan. 

"Pelangi banyak menumpahkan perasaannya menerusi lukisan manakala Ratu masih dalam proses pembelajaran untuk menerima kenyataan itu," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Halo.
    Saya Mr Rahel pemberi pinjaman kredit swasta yang memberikan waktu hidup pinjaman kesempatan untuk individu, perusahaan bisnis, asuransi, dll Apakah Anda dalam setiap kesulitan keuangan atau membutuhkan pinjaman untuk berinvestasi atau Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar tagihan Anda mencari lagi sebagai kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam denominasi mata uang dengan tingkat 2% tanpa fee.I dimuka ingin menggunakan media besar ini untuk memberi tahu bahwa kami siap untuk membantu Anda dengan segala jenis pinjaman untuk memecahkan bahwa problem.If keuangan Anda ya kemudian kembali sekarang via Email ([email protected]) untuk lebih jelasnya, ANDA sANGAT WELCOME.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli