Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Dimarahi Pasangan Anda, Biarkan Sahaja, Atau Boleh Campur Tangan, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan Bila Berhadapan Situasi Begini

No Comment

Setiap dari kita mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak, begitu juga dengan suami atau isteri, ada ketikanya bila mana anak buat salah, ibu akan memarahi anak, dan sebaliknya.

Namun begitu, jika kedua-duanya memarahi anak, bilakah agaknya boleh campur tangan dalam hal marah-memarahi anak ini, adakah setiap kali isteri marah anak, ayah boleh masuk campur? Atau bila suami marah anak, isteri boleh back-up anak?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sama ada anda boleh, atau tidak masuk campur jika anak dimarahi pasangan, laman Ibu Bapa Prihatin kongsikan akan hal ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Ayah marah anak, ibu nak masuk campur ke tak?

Begitu juga sebaliknya jika ibu memarahi anak, si ayah nak masuk campur ke tak?

Jawapannya YA dan TIDAK

YA. Jika anak bersalah, masuk campur, dengan cara menyebelahi pasangan anda bila anak berbuat salah, bukan menyebelahi anak.

a. Masuk campur jika hukuman yang dikenakan pasangan anda tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan si anak. Contohnya anak mencalarkan kereta, disebat dengan rotan sehingga berdarah. Melampau tu. Takkan nak tengok je?

b. Campur tangan bila mana hukuman yang dikenakan tidak sesuai dengan tahap usia anak-anak. Contohnya anak 2 tahun berbuat kesalahan, tidak patut dimarahi dengan cara menengking sekuat hati.

c. Anak sedang merakam nada anda

d. Jangan pelik satu hari nanti anak akan terikut nada anda dan menengking-nengking anda pula. Anda salah satu sebabnya

e. Dengan menyebelahi anak yang bersalah, akan menjadikan si anak tidak serik atau takut melakukan kesalahan lagi kerana pada pendapatnya si ibu / ayah akan menolongnya

f. Anak-anak juga akan menjadi manja


Bila pula masa anda TIDAK boleh masuk campur?

a. Jangan masuk campur bila si anak berlari pada anda meminta tolong. Selagi mana hukuman pasangan anda di tahap tidak membahayakan dan mencederakan si anak.

b. Tindakan campur tangan anda mungkin akan menimbulkan ketidakpuashatian pasangan anda.

c. Katakan pada anak " Haa tu la, buat lagi kan abi dah marah. Ummi kan dah pesan jangan buat? kenapa buat jugak?..."

+ Biarkan anak tahu dia buat salah takdak sapa bekap dia
+ Biar dia sedar akan kesilapan sendiri
+ Setelah selesai dimarahi, barulah pujuk anak dengan teguran dan kata-kata nasihat
+ Nasihat padanya bahawa ayah / ibu marah sebab sayang.

d. Jangan campur tangan lagi-lagi bila anak melakukan kesalahan dengan sengaja dan berulang-ulang kali dilakukannya

e. Biarkan sahaja pasangan memarahi atau menegurnya berulang kali sehingga dia tidak lagi melakukan kesalahan tersebut


Tetapi, dalam marah-marah pun anda kena beringat

Anda marahkan anak untuk mendidik. Anda mendidik anak kecil, bukan mendidik tentera. Waspadalah marah anda

BACA: Benarkah Kita Menghukum Untuk Mendidik Anak, 7 Perkara Ini Perlu Diambil Kira Terlebih Dahulu Sebelum Menghukum Anak

Dalam mendidik mesti ada kasih sayang. Dalam kasih sayang ada ketegasan. Dalam ketegasan ada kelembutan. Pada kelembutan itulah duduknya hati tisu seorang ibu dan bapa

Sebesar mana pun amarah anda, hakikatnya akan sedih juga bila amarah itu hilang ketika melihat anak yang dimarahi itu tidur. Setuju ke tidak?

Anda dah baca panjang-panjang tu apa lagi? Like dan Share la hihihi

"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"

- Siakap Keli

BACA: Anak Buat Perangai, Sepahkan Mainan, Juga Bergaduh Dengan Adik-Beradik, 9 Alternatif Ini Boleh Dipraktikkan Ibu Bapa Dalam Mendisiplinkan Mereka
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli