Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang Tiri Kim Jong Un Dibunuh di KLIA Semalam - Laporan



Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, lapor beberapa portal antarabangsa dan tempatan.

Menurut agensi berita Korea Selatan,Yonhap, sumber kerajaan Seoul berkata Kim Jong Nam dipercayai dibunuh semalam tetapi tiada maklumat lanjut yang diberikan.

Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, mangsa berusia 45 tahun itu dibunuh dua ejen wanita yang tidak dikenali menggunakan jarum beracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur.

Menurut beberapa sumber kerajaan Korea Selatan, dua wanita terbabit melarikan diri menaiki teksi selepas itu, katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki korea berusia 40-an ditemui sakit di KLIA semalam sebelum dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini. Kami belum mengesahkan identitinya,” katanya.

Kedua-dua Jong Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Kong Il yang meninggal dunia pada 2011, tetapi mempunyai ibu berlainan.

Sumber: Harian Metro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli