Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM & Tersenarai 10 Pelajar Medikal Terbaik di Universiti Al-Azhar, 'Gadis Ini Patut Dijadikan Contoh Rakyat Malaysia' - Ujar Netizen



Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya dalam pembelajaran? Itulah apa yang patut dirasa oleh ibu bapa kepada Izni Inarah (nama Instagram) kerana anaknya itu berjaya menempa kecemerlangan dalam pembelajaran apabila tersenarai dalam 10 pelajar bidang medikal terbaik di Universiti Al-Azhar.

Pencapaian cemerlang Izni Inarah itu dikongsi bangga oleh adiknya, Alia Husna di Twitter dengan berkata: "5A UPSR, 9A PMR, 10A SPM, Top 10 pelajar medik di Universiti Al-Azhar.".

Difahamkan, Izni berjaya menggapai kecemerlangan(di Universiti Al-Azhar) itu selepas lebih enam tahun bertungkus lumus di universiti terbabit.

Bersama tweet itu, disertakan foto Izni Inarah memakai jubah universiti Al-Azhar dipercayai diambil ketika majlis graduasi.

Pencapaian menggembirakan Izni Inarah itu disambut baik oleh para pengguna Twitter yang tidak putus-putus menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

"Harap-harap stesen TV jemput la dia (Izni) bercakap atau rancangan dari panggil orang yang tak sepatutnya", kata pengguna Twitter uthmtroll.

"Golongan macam inilah yang patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia, bukannya golongan yang buat benda bodoh lepas tu viral" ujarnya lagi.

Pengguna twitter, hanaNabyllah pula berkata pencapaian Izni itu memberi motivasi kepadanya dengan berkata: "Ini adalah motivasi yang saya perlukan!! Sedang melayari twitter untuk melengah-lengahkan kerja rumah. Lebih baik pergi buat sekarang.

Tweet dari Alia Husn itu dikongsi lebih 12,000 kali dan menerima pelbagai respon positif dari pengguna Twitter.

Sumber: Twitter Alia Husna
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Masih jauh lg nk jadi muslimah yg dpt melahirkan anak2 yg soleh dan solehah. Yg tampak jelas adalah betapa manusia dibutakan dari melihat kepncangan dia dalam berhubungan sesama jenis. Walau pun pandai tp pergaulan apatah lagi belajar tanpa mahram tu bukan ajaran dari agama Islam. Semoga dia ditemukan dengan suami yg paham hak wanita yg patut di pertahankan dan membimbingnya ke jalan yg di redhai Allah. Amin.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli