Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Tip Untuk ‘Grab Attention’ Pembaca Dengan Penulisan Yang Berpengaruh Di Media Sosial

No Comment

Untuk menulis bukanlah satu tugasan yang sukar buat kita, mana tidaknya sedari kecil lagi kita sudah diajar untuk menulis, dan sewaktus ekolah dahulu pun sudah membuat karangan yang mana menceritakan akan pengalaman, atau satu situasi berdasarkan kehendak soalan.

Namun begitu, bila sudah meningkat ke alam yang lebih tinggi, gaya penulisan kita juga semakin lama semakin berubah, untuk sesuaikan dengan peringkat pengajian. Begitu juga jika sudah bekerja, yang mana menulis laporan.

Kenapa dengan penulisan? Ini kerana dengan era atas talian kini, ramai di antara kita yang gemar mengekspresikan apa yang dilalui mereka dalam media sosial, tapi disebabkan kurangnya ilmu penulisan yang betul, penceritaan tersebut kurang mendapat sambutan.

Menurut perkongsian dari saudara Nik Mohd Iznan, terdapat 10 tip yang boleh diikuti dalam memastikan penulisan lebih baik dalam media sosial.


10 TIP MENULIS DENGAN BAIK DI MEDIA SOSIAL

1. Biasa - Gunakan ayat-ayat yang biasa sahaja

Jangan gunakan perkataan yang terlalu bombastik. Ingat, rakan facebook kita bukan semuanya pakar bahasa Melayu. Ada pekerja sektor awam, swasta, kerani, jurutera, arkitek, ahli muzik, pekerja restoran dan lain-lain. Gunakan ayat biasa yang boleh difahami oleh segenap lapisan.

2. Pendek - Gunakan ayat pendek 

Yang penting tepat dan jelas. Macam yang saya sebut tadi, jangan lebih 30 patah perkataan dalam satu ayat. Ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif.

3. Langsung - Gunakan ayat langsung

Yang penting mengikut tatabahasa dengan urutan subjek dan predikat. Biar jelas dan terang. Secara tepatnya, gunakan ayat aktif. Bukan ayat pasif yang sangat sukar dan tidak langsung.

4. Lengkap - Pastikan kita menggunakan ejaan yang lengkap

Bukannya perkataan yang macam generasi Wechat tulis. "Aku" menjadi "Aqu", "Meja" jadi "Mj", "Malas" jadi "Mlas" dan banyak lagi. Jangan rojakkan bahasa. Habis campur bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Kalau mahu menulis dalam bahasa Inggeris, tulis lengkap dalam bahasa Inggeris. Ingat cikgu bahasa Melayu ajar macam mana dahulu.


Perenggan jangan panjang. Ingat, membaca melibatkan penggunaan mata. Perenggan yang terlalu panjang atau tidak ada perenggan langsung akan menyakitkan mata. Satu isi satu perenggan. Satu idea satu satu perenggan. Jangan sesakkan pembaca.


6. Nilai - Pastikan tulisan kita ada nilai

Biar pembaca rasa berbaloi membaca tulisan kita. Bukan entah apa-apa. Atau langsung tidak ada makna. Tentang nilai ini, ia sangat subjektif. Ada orang menulis dengan selamba sahaja. Tapi nilainya, orang boleh ketawa. Itulah nilai. Jangan ingat kita perlu serius 24 jam. Ada orang, hidupnya sudah cukup serius. Jadi media sosial pilihannya untuk merehatkan minda.

7. Ulang - Jangan menulis pengulangan benda yang sama

Cari sisi berbeza untuk menulis benda yang sama. Apabila orang sudah bosan, orang tidak lagi berminat untuk membaca tulisan kita pada masa akan datang. Walaupun pada masa akan datang kita menulis dengan baik.

8. Berlebihan - Jangan menulis sesuatu secara berlebih-lebihan

Atau menulis sesuatu melebihi apa yang sepatutnya. Berpada-pada dalam menyampaikan mesej, sinis, komentar, teguran dan sebagainya. Media sosial ialah dermaga untuk membina hubungan, merapatkan jaringan dengan prospek dan wahana penyampaian ilmu. Bukan platform untuk menambah musuh.

9. Jujur - Jujur dan ikhlas dalam menulis

Ia berkaitan soal niat. Jangan sesekali mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Orang boleh "menghidu" tujuan kita menulis untuk apa.

10. Semak - Jangan lupa semak tulisan kita

Terutama dari segi ejaan, struktur ayat, isi, maksud, kesahihan fakta, dan mesej. Yang penting, jangan menulis sesuatu yang boleh memberi maksud yang berbeza. Itu sudah tentu akan mengelirukan dan memberi kesilapfahaman kepada pembaca. Lain kita tulis, lain yang orang faham.

- Siakap Keli

BACA: Ingin Menggunakan Media Sosial, Khususnya Facebook Sebagai Perantara Anda Berkomunikasi Dengan Umum, 6 Langkah Mudah Ini Mampu Membantu Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli