Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Langkah Penting Dalam Pembikinan ‘Website’, Agar Nampak Lebih ‘Up-To-Date’ Juga Tidak Ketinggalan Zaman

No Comment

Membuat ‘website’ bukanlah mudah, ia perlu dilakukan dengan baik sekali, ini kerana ‘website’ adalah tempat di mana pelanggan, atau orang ramai akan mengenali perniagaan, servis atau perkhidmatan yang kita tawarkan, jadi kita perlu memastikan 'website' tersebut mampu memberikan maklumat yang diinginkan oleh semua orang.

Namun, apakah elemen penting dalam membuat ‘website’? Menurut perkongsian dari saudara Brado, terdapat 10 langkah yang anda harus ketahui terlebih dahulu sebelum membuat website anda, mari kita ikuti perkongsian darinya.


Dalam pembinaan sesebuah produk, website merupakan elemen penting untuk mempersembahkan produk anda.

Bukan sahaja untuk produk, malah untuk diri sendiri, atau juga dikenali personal branding. Nama-nama besar kebiasaannya mempunyai website atau blog peribadi tersendiri bagi menceritakan atau memberitahu kepada orang awam tentang aktiviti terkini diri mereka.

Folowers akan join dan baca info-info tentang produk atau personaliti terbabit melalui website mereka itu tadi. Oleh itu, website merupakan satu elemen yang penting bagi para enteprenuer untuk melariskan jualan serta mempromosikan produk masing-masing. Bagi mereka yang tidak memiliki website pada tahun 2017 ini, sesungguhnya mereka telah ketinggalan satu tapak dibelakang para pesaing mereka.

Dalam kesempatan ini, aku nak berkongsi sikit dengan korang semua tentang cara yang betul untuk membuat website. Sebenarnya ada beberapa langkah yang korang perlu tahu sebelum membuat website. Jika korang tak tahu langkah ini, dikhuatiri korang akan terlupa apa point penting wujudnya website korang.

Berikut adalah 10 langkah membuat website yang bagus dan berdaya saing di pasaran digital:

1. Beli domain domain dan hosting yang bersesuaian

Perkara paling asas dan basic sekali adalah membeli domain dan hosting. Macam mana nak beli domain, anda boleh gugel je atau suruh je orang yang nak buat website tu belikan. Pastikan domain anda ada kaitan dengan nama produk atau servis. Domain juga kalau boleh gunakan .com. Jika .com dah dikebas orang, cari .net atau .my. Jangan gunakan .com.my jika anda rasa nak jual produk ni sehingga pasaran antarabangsa kecuali anda adalah agensi kerajaan.

Macam mana kalau semua nama domain yang ada kaitan dengan produk atau servis saya dah tak boleh dibeli? Tukar je nama produk / nama servis korang tu, tak guna buat servis tapi tak boleh buat website. Itu petanda awal korang tak lama dalam industri.

2. Kenal pasti produk / servis kita sendiri

Sebelum membuka website untuk barang sendiri, amat penting untuk anda mengenal pasti jenis produk atau servis yang ingin anda tawarkan kepada pelanggan. Perkara ini merangkumi pelbagai aspek termasuk USP produk yang hendak diketengahkan di website, jenis / tema warna produk yang akan digunakan di website, penentuan harga dan diskaun serta cara pembelian barang sama ada menggunakan shopping cart atau close sale cara lama, iaitu redirect ke whatsapp.

Setelah mengenal pasti kesemua ini, barulah kita boleh menentukan jenis-jenis design yang kita inginkan untuk website kita.

3. Kenal pasti siapa pesaing dan apa kelemahan web pesaing kita

Setelah mengenal pasti semua data di nombor 1, anda haruslah mencari dan mengenal pasti siapa pesaing anda. Penting untuk mengenal pasti siapa pesaing anda dan apa website mereka agar anda dapat mengalahkan mereka dalam persaingan mencari pelanggan di dunia maya. Tanpa mengutuk atau memperkecilkan pesaing anda, rujuk website mereka dan cari kelemahan dan kekurangan website mereka kemudian perbaiki di website anda. Belajar dari kesilapan mereka dan jangan ulangi apa yang mereka lakukan agar anda boleh berjaya di medan peperangan nanti.

Gunakan kelemahan pesaing anda sendiri untuk menjadikan diri anda juara. Pelanggan akan perasan yang anda lebih hebat dari pesaing anda walaupun anda hanyalah pemain baru dalam lapangan.

4. Pilih tema dan konsep website anda

Selepas mengenal pasti siapa pesaing anda, maka kini masa untuk anda menentukan tema dan konsep website anda. Sama ada anda mahu mencipta corporate website, HQ website, minisite, landing page atau shopping cart / e-commerce site, ini bergantung kepada pasaran / market yang anda ada dan siapa target audience anda. Jika anda dalam bidang OEM atau menyediakan perkhidmatan servis / OEM misalnya, anda perlu ada sebuah corporate website yang akan menjadi portfolio secara tidak langsung anda pada bakal pelanggan anda.

Jika anda baru menjadi owner produk, anda perlu ada sekurang-kurangnya 1 minisite atau landing page bagi memudahkan anda bercerita tentang produk anda kepada pelanggan anda. Sedikit sebanyak ia menjadikan produk anda lebih gah dan kukuh serta meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

5. Susun content / bahan untuk website anda

Setelah menentukan tema dan konsep website, anda perlu menyusun content untuk dimasukkan ke dalam website anda tadi. Anda perlu tahu tentang binaan asas website anda. Bagaikan membina rumah baru, anda perlu tahu di mana mahu letak tiang seri, di mana mahu letak ruang tamu, di mana mahu letak tandas dan dapur serta sebagainya.

Dalam website, anda kena tahu apa nak di isi di top header, bagaimana design header anda, apa ayat kata aluan di website anda, apa isi kandungan website anda, di mana mahu letak latar belakang syarikat, di mana mahu letak listing produk anda serta bagaimana anda mahu menterjemahkannya ke dalam bentuk design dan coding.

Biasanya, designer yang anda upah sudah tahu dan mahir dalam selok belok ini. Mereka akan hafal dan faham di mana mahu letak semua tiang seri dan jendela tadi. Website yang tiada "About us", "Contact us", "Home", "Our Products" / "Our Services", bagaikan rumah yang tiada jendela dan bilik. Benda asas ini penting dan wajib ada. 

Selain itu, anda juga perlu ada pintu belakang. Rumah tanpa pintu belakang bagaikan mangsa terkepung dalam kurungan jel. Pintu belakang bagi rumah anda adalah "Penafian" atau "Disclaimer". Anda juga boleh meletakkan "Terms of Services" atau "Policies" sebagai terowong keluar anda.


6. Terjemahkan content / bahan ke dalam bentuk coding

Setelah segala content anda susun dengan baik, kini tiba giliran web designer dan juga coder untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini semua kerja orang teknikal. Ada pelbagai jenis coding yang designer / coder akan guna, itu terpulang bagaimana anda deal dengan mereka. (CMS, Wordpress, php, HTML5, Joomla dll) Anda sebagai bisnes owner tak perlu buat semua ini akan tetapi bagus jika anda tahu basic tentang coding dan design website anda. Ini penting jika ada staff tak deliver kerja atau ada designer / coder tak deliver job. Anda ada basic dan tahu apa nak buat bagi kerja tu siap.

7. Penelitian semula konten

Selepas selesai kerja-kerja coding, kini tugas korang sebagai bisnes owner bersama-sama dengan pasukan anda untuk meneliti website tadi. Pastikan website sudah sesuai dengan semua platform terutama mobile responsive, tab responsive dan juga sedap mata memandang bila di buka di pc / laptop. Korang kena teliti setiap aspek, termasuk kesalahan ejaan, typo error, design error, design ada lari sikit, garisan lari, coding error dan sebagainya.

8. Pembandingan semula dengan website pesaing

Setelah semua penelitian dilakukan, kini tiba masanya korang membandingkan semula website korang dengan website pesaing korang. Tanyakan pada diri korang soalan ini setelah membandingkan kedua-dua website; "Boleh ke aku bersiang dengan ***** ni? Cukup power ke website kau ni??"

Kalau jawapan yang korang dapat dari hati kecil korang "belum" atau "tak", then korang kena sit down dengan designer / coder korang dan perbaiki serta improve apa yang kurang. Korang sekurang-kurangnya perlu tiruvasi iaitu dengan meniru konsep dan melakukan inovasi dari website pesaing. Kalau pesaing tu ada semua function yang korang ada, then kat website korang kena ada at least 1 function yang membuatkan korang lebih hebat dari pesaing korang.

9. Livekan website dan tunjuk pada pelanggan / rakan / pesaing

Lepas dah settle semua 8 step di atas, inilah masanya korang boleh up website korang dengan menekan butang live agar website korang boleh diakses oleh semua pelanggan anda. Korang kena tunjuk at least pada ejen korang sendiri dan minta mereka kritik. Nak lagi best, korang pergi pm pesaing korang dan cakap korang pun dah ada website. Suruh depa check website korang dan kritik website korang. 

Biasanya kritikan dari pesaing ni jauh lebih jujur dari ejen korang sendiri yang biasanya akan cakap "bagus", "cantik" dan seumpamanya. So kalau korang dapat pujian pada permulaan, itu petanda buruk korang sebab korang akan terus masuk zon selesa dan tak ada idea baru untuk advance dari pesaing korang.

Korang perlu dapatkan kritikan dan nasihat dari yang lebih pakar agar website korang kelihatan lebih power selepas melalui fasa inovasi / penambahbaikan.

10. Content update dan maintenance

Fasa ini adalah fasa terakhir. Ramai orang terlepas pandang fasa ini. Mereka ingat kalau dah siap website, mereka boleh guna sampai mati. Sedangkan mereka lupa, hidup ini pun ada umur. Semakin hari semakin tua dan semakin lama semakin kurang kemampuan kita. Begitu juga website. Semakin lama semakin advance. 

Coding akan berinovasi hampir setiap hari. Kalau korang tak jaga dan tak maintain website korang, tak lama nanti website korang akan kelihatan ketinggalan zaman. Nak-nak lagi sekarang ni zaman kemajuan internet pesat membangun. Korang kena sentiasa follow perkembangan design-design pesaing korang dan perlu memastikan korang sentiasa up-to-date agar tak kalah dek pesaing.

Korang juga perlu sentiasa update content korang. Kalau boleh tukar-tukar lah gambar produk tu at least 6 bulan sekali. Pelanggan pun bosan tengok asyik benda sama je. So korang kena alert bila rating website korang jatuh, it means korang dah kena ubah dah isi kandungan website korang.
Oh ya, kenapa aku tak cerita apa-apa pasal SEO, content writing, adwords dan seumpamanya? Itu semua tak masuk pun bawah tajuk ni. Itu dah masuk tajuk lain. Nanti ada masa aku share lagi ya.

Okay, aku stop sampai sini sahaja. Korang share lah artikel ni agar ramai yang dapat manfaat.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi baca sampai habis. Panjang lebar aku berceramah hari ni, mesti korang penat nak baca kan

Semoga mendapat manfaat! Ketik share tanda sokongan.

Sekian.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli