Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Kesilapan Pembeli Yang Menyebabkan Pemaju Tidak Mahu Membaiki Kerosakan Rumah Walaupun Baru Dibeli

No Comment
Foto Hiasan

Jika sebelum ini admin ada kongsikan, apa yang anda boleh lakukan jika rumah yang baru anda diami mempunyai kerosakan, atau masalah yang bukan dilakukan oleh anda, seperti keretakan, cat tidak rata, atau kebocoran paip, yang mana akan merugikan anda jika membaikinya sendiri.

BACA: Masuk Rumah Baru Tiba-Tiba Jumpa Banyak Kerosakan, Peguam Ini Jelaskan Yang Harus Anda Lakukan

Untuk artikel kali ini pula, admin ingin kongsikan, antara kesilapan pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah tersebut, dan menyebabkan anda sendiri perlu membaiki kerosakan itu. Ianya dikongsikan oleh peguam hartanah, iaitu saudara Salkukhairi Abd Sukor.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


10 KESILAPAN PEMBELI YANG MENYEBABKAN PEMAJU TIDAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH

Saya banyak terima aduan daripada pembeli yang pemaju tidak membaiki kerosakan rumah mereka walaupun sudah banyak kali mereka melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju.
Sebenarnya, tahukah anda bahawa kadang-kadang pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda banyak disebabkan oleh kesilapan pembeli itu sendiri.

Di sini saya nyatakan antara 10 kesilapan biasa yang biasa dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah mereka.

1. Aduan Tidak Sempurna

Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar.

2. Terlalu Bergantung Pada Borang Sedia Ada

Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju.

3. Maklumat Aduan Kurang Jelas

Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapat dibaiki dengan betul.

4. Pendekatan Pembeli Tidak Profesional

Pembeli menggunakan pendekatan berlawan atau berkeras dengan pemaju seolah-olah pembeli sahaja yang betul. Sudah lah aduan kerosakan tidak jelas dan mengelirukan, lepas tu cakap kasar pulak dengan wakil pemaju. Akhirnya pemaju fed-up hendak layan kerenah pembeli. Ingat! pemaju juga manusia biasa.

5. Pembeli Tidak Ambil Serius Bab Undang- Undang

Pembeli tidak tahu undang-undang dan tidak tahu hak mereka berkenaan dengan tempoh liabiliti kecacatan. Kebanyakan pembeli tidak pernah baca SNP. Bila hendak membuat aduan kerosakan mereka tidak faham prosedur membuat aduan yang sebenar. Akhirnya aduan dibuat tidak mengikut peruntukan dan prosedur undang-undang yang sebenar.

6. Pembeli Tidak Tahu Tempoh Bila Pemaju Kena Baiki Kerosakan

Pembeli tidak tahu tempoh yang sewajarnya untuk Pemaju baiki kerosakan. Mereka tidak follow up mengikut tempoh yang sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP. Ada yang terlalu kerap sangat follow up sehingga pemaju naik bosan. Akhirnya, aduan tidak dapat dibaiki oleh pemaju dengan sempurna.

7. Cepat Putus Asa dan Mudah Kecewa

Pembeli cepat putus asa dan kecewa kalau pemaju tak baiki atau lambat baiki. Mereka tidak tahu apakah langkah seterusnya yang mereka harus lakukan jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut. Akhirnya mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang aduan tersebut dan mula rasa putus asa.

8. Kedekut Untuk Dapatkan Nasihat Guaman Profesional

Pembeli kedekut untuk dapatkan nasihat peguam hartanah secara berbayar untuk guide dan advise mereka tentang urusan tuntutan kerosakan dengan pemaju. Mereka lebih sanggup ikut kepala sendiri dan melakukan sesuatu tindakan ikut suka hati mereka berbanding hendak ikut undang-undang atau dapatkan nasihat berbayar daripada peguam. Kebanyakannya hendakkan nasihat percuma daripada peguam.

9. Berharap Kepada Peguam Pemaju Semata-mata

Pembeli hanya mengharapkan nasihat daripada peguam pemaju berkenaan dengan urusan kerosakan. Ingat! Peguam pemaju sudah pastinya akan berpihak kepada pemaju. Sebaliknya lantiklah peguam bebas dan mahir tentang urusan tuntutan kerosakan rumah untuk membantu anda.

10. Buat Aduan ‘Last’ Minit

Pembeli suka buat aduan kerosakan last-last minit kepada pemaju, ie; dekat-dekat hendak habis tempoh liabiliti kerosakan. Ini menyebabkan pemaju buat sambil lewa kerana mereka beranggapan tempoh liabiliti akan tamat tidak lama lagi. Dan selepas itu mereka selamat kerana pembeli tidak lagi boleh membuat aduan.


Ini antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh pembeli. Bukan niat saya untuk semata-mata mencari kesilapan sesiapa tetapi sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk jadi lebih baik dan peka terhadap undang-undang.

Justeru saya sarankan lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman untuk bantu anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk tujuan defects inspection dan proper legal advice tentang defects, boleh pm saya dan berhubung dengan saya secara peribadi, insyaalah.

Ingat! Jangan sayang duit jika hendak dapat nasihat dan hasil yang terbaik. Akhir kata, be smart, dan fahamilah hak anda mengikut undang-undang.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli