Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Tawar Pegawai Polis Kahwini Anak Perempuan Selepas Tonton Video Polis Tersebut Tembak Pengganas


Seorang wanita Saudi, Umm Ahmad, mengambil keputusan untuk memberikan anak perempuannya yang berusia 22 tahun sebagai hadiah kepada seorang pegawai polis, Jubran Awaji, selepas menonton satu rakaman video polis terbabit menembak mati seorang pengganas di Riyadh.

"Saya cepat-cepat berkata kepada anak saya, Alaa, bahawa saya bangga dengan lelaki yang sanggup merisikokan nyawa dan saya berharap dia menjadi menantu saya," kata Umm Ahmad kepada media.

Malah, Umm Ahmad juga berkata dia tidak kisah jika anak perempuannya menjadi isteri kedua atau ketiga Awaji.

Selain itu, Umm Ahmad juga tidak akan mengambil wang mahar dan akan membayar semua perbelanjaan perkahwinan.

Apabila Umm Ahmad memberitahu suaminya tentang tawaran itu, si suami membalas: "Adakah kamu sudah sampai tahap obses kepada negara dan kenegaraan?"

Bagaimanapun, suami Umm Ahmad bersetuju dengan tawaran itu dan turut memuji keberanian Jubran.

Bagaimanapun, tawaran itu mencetus kontroversi di media sosial apabila orang ramai tidak begitu bersetuju Alaa dijadikan 'hadiah' kepada polis tersebut.

"Kami tidak kata dia (Jubran) bukan seorang hero, tetapi kamu (Umm Ahmad) buatkan anak  seperti unta yang boleh kamu bawa sebagai hadiah. Islam menjamin kebebasan seorang wanita untuk memilih siapa yang dia mahu kahwini", tulis seorang pengguna Twitter.

"Kami sangat menghargai kebaikan pegawai itu, tetapi manusia mempunyai maruah dan hak untuk memilih, lebih-lebih lagi berkaitan perkahwinan. Dia bukannya barang saguhati untuk diberikan sebagai hadiah." tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Sumber: Clarion Project
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli