Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Anak Berpakaian Lusuh ke Sekolah: "Saya Tak Mampu Beli Kelengkapan Sekolah Anak" - Ibu

Foto yang viral di Facebook.

Jasin, 3 Jan - Dikala senyuman dan tangisan manja menghiasi permulaan sesi persekolahan 2017, terselit juga satu kisah sayu seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang mana turut viral di Facebook.

Ibu kepada kanak-kanak terbabit ketika ditemui BH Online berkata dia tidak menyangka perihal anaknya yang berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh menjadi viral di media sosial itu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah; yang juga seorang ibu tunggal; berkata bahawa bukan dia yang bertanggungjawab atas penyebaran foto itu.

Ibu yang berusia 40 tahun itu juga berkata tiga anaknya yang masing-masing berusia 18, 8, dan 7 tahun, hanya memakai pakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga itu sejak empat tahun lalu.

"Memang benar, pakaian sekolah yang digunakan anak-anak saya empat tahun lepas itulah dipakai bersilih ganti setiap hari sehingga kini dan ia semakin lusuh.

"Saya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka kerana tidak mampu, malah wang saku juga saya tidak mampu beri," katanya sebagaimana lapor Berita Harian Online.

Sebelum ini, beberapa keping gambar anak bongsu wanita tersebut, Fatimah Zahara, yang hadir ke sesi pendaftaran murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Ayer Keroh menjadi viral di Facebook seterusnya mengundang simpati netizen.

Turut difahamkan, wanita terbabit terpaksa bekerja sebagai guru kelas tambahan secara sambilan dengan pendapatan RM50 bagi tempoh dua jam untuk menampung keperluan diri dan keluarga.

"Saya akan mengajar kelas tambahan dari rumah ke rumah jika ada ibu bapa yang mahu dapatkan perkhidmatan saya. Kadang-kala, saya akan ke madrasah untuk mengajar secara percuma," katanya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Kata wanita itu lagi, dia tidak menerima sebarang bantuan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal setakat ini


Keadaan kasut yang dipakai Farid. Foto Muhammad Zuhairi Zuber/BH Online


Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli