Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Jadi Sensasi Internet Selepas Muat Naik Video Pakai Topeng Chewbacca Ketika Lahir Anak



Seorang bakal ibu menjadi sensasi internet selepas memuat naik videonya memakai topeng karakter Star Wars, Chewbacca, ketika sedang melahirkan anak.

Dalam satu klip video 12 saat itu, Katie Stricker Curtis dari Detroit memakai topeng itu di atas katil hospital sambil memegang perutnya dalam keadaan kesakitan.

Bagaimanapun, bunyi Katie mengerang kesakitan tidak kedengaran kerana ia sudah diubah kepada bahasa Shyriiwook, bahasa Wookie dari filem Star Wars.

Katie berjaya melahirkan seorang bayi lelaki, yang dinamakan Jayden sebelum memuat naik video itu di laman Facebooknya.

"Hanya kerana saya bakal menjadi ibu, tidak bermakna saya perlu menjadi matang!", tulisnya di kapsyen video terbabit

"Bwahahahas jangan hidup terlalu serius! Hadiah Krismas terbaik." tambahnya.

Menurut Dailymail, video tersebut telah ditonton lebih 85,000 kali dan dipuji oleh netizen di seluruh dunia.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli