Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Viral Pemandu Lori Dibelasah: Polis Buru 4 Suspek 'Tumpang' Pukul, Alukan Maklumat Orang Ramai



KUALA LUMPUR, 19 Jan: Susulan viral video yang memaparkan seorang pemandu lori dipukul dengan teruk, polis kini memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu lalu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Selepas itu, pemandu lori dan kereta itu bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan yang turut membelasah pemandu lori terbabit.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

"Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan," katanya kepada BH sebentar tadi.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli