Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video 2 Objek Tidak Dikenali Terbang di Ruang Udara Komtar, Penang Jadi Viral


Penang - Video yang memaparkan dua objek yang tidak dikenali (UFO) terbang di ruang udara dekat bangunan Komtar di George Town, Penang menjadi viral sejak semalam di media sosial.

Video objek aneh itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Wang Soon You kira-kira jam 1.05 petang pada Selasa.

"Kelihatan UFO di langit Pulau Pinang, adakah anda percayakan saya," tulis Wang Soon di bahagian kapsyen.

Satu video menunjukkan dari jarak dekat bagaimana kedua-dua objek itu terbang manakala satu lagi video memaparkan orang ramai terkejut dengan kehadiran objek itu.


Setakat ini, video tersebut dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna media sosial lain.

Seorang pengguna Facebook, Shirley Sharine berkata, ia kelihatan seperti pesawat tentera, manakala Sharlynn Charlsharlynn Lim memberitahu ia mungkin sebuah dron.

Jimmy Chng berkata, ia mungkin DJI Phantom 4 quadcopter, tetapi seorang lagi pengguna Facebook mempersoalkan sama ada dron boleh mempunyai saiz begitu besar.

"Bolehkan dron terlalu besar? Saya juga melihat benda yang sama," kata Lawrence Ooi.

Sumber: mStar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli