Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Ucapan Selamat Tahun Baru Cina MAS Jadi Viral Apabila Dilakonkan Oleh Pelakon Bukan Berbangsa Cina Tapi Petah Berbahasa Mandarin



Kuala Lumpur, 26 Jan - Satu video Tahun Baru Cina yang diterbitkan oleh Malaysia Airlines (MAS) menawan hati penonton apabila video tersebut dilakonkan semua orang berbangsa melayu yang petah bertutur bahasa mandarin.

Video berdurasi 1 minit 41 saat itu dimuat naik pada Rabu dan kini telah mendapat lebih dari 7,000 perkongsian bersama lebih 600 komen yang kebanyakannya memuji video terbabit.

Secara ringkasnya, video bertajuk 'A Truly Malaysians Greeting' tersebut mempamerkan beberapa rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Cina menyampaikan ucapan dalam bahasa mandarin.

Pengguna Facebook, Kenny Teoh menulis di ruangan komen: "Ini adalah iklan Tahun Baru Cina terbaik tahun ini! Dan ia tidak melibatkan mana-mana orang (berbangsa) Cina!".

"Video baik dan ucapan terbaik! Sangat bangga menjadi rakyat Malaysia dan berkongsi tradisi bersama-sama tidak kira apa bangsa dan latar belakang." tulis Kelvin Coolboy pula.

Tonton video itu dibawah. Ringkas tapi sangat mendalam!


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli