Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim


Sebelum ini  Datuk Seri Jamal Md Yunos telah tampil dengan hanya memakai tuala di depan pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, kini beliau sekali lagi tampil 'menyerang' dengan membawa 10 set katil sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini, lapor Berita Harian.

Beliau dan pengikutnya telah menyusun beberapa set katil bujang dan cadar putih di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi ini selepas dihantar menggunakan sebuah lori.

BACA: (Video) Dengan Hanya Memakai Tuala, Jamal Datang Ke Pejabat Menteri Besar Selangor Nak Tumpang Mandi

Di atas cadar katil berkenaan tertulis perkataan  'D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma)' manakala bantal ditulis dengan perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.

Kira-kira jam 11 pagi, Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tiba menaiki motosikal berkuasa tinggi dengan membawa tong aiskrim di mana diluar tong aiskrim berkenaan memaparkan gambar 'aksi aiskrim' Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu dia juga telah mengadakan 'persembahan' demonstrasi mengurut di mana seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.- Siakapkeli.my











Sumber: Berita Harian, Malaysiakini, NST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli