Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Saya Janji Tak Buat Lagi..." Dato Aliff Syukri Mohon Maaf Atas Isu Tersinggung 'Abang Jual Kopiah'


25 Jan - Pengasas D'Herbs, Dato Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang penjual kopiah yang tersinggung atas kenyataan beliau dalam satu video rancangan Oh Abang Kosmetik baru-baru ini.

Aliff Syukri membuat permohonan maaf itu menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi.

"Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.

"Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.

"Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina.

Tambah beliau lagi, respon tentang isu tersebut dikeluarkan lambat kerana beliau sibuk dengan filem badang lakonannya.

"Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.
Saya amat hargai sokongan moral anda semua. 

"Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik. Maaf saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem badang seharian." tulisnya.

Permohonan maaf itu hadir selepas seorang penjual kopiah menyatakan perasaan tersinggungnya secara terbuka di laman sosial apabila muka bersama kedainya tersiar dalam rancangan Oh Abang Kosmetik baru-baru ini.

"Saya amat kecewa dengan komen yang diutarakan beliau sehingga menjejaskan nama baik, maruah serta perniagaan yang saya jalankan," tulis lelaki tersebut di Facebook.

Berikut video permohonan maaf dari Aliff Syukri:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli