Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Saya Hanya Nak Membantu Pengguna Jalan Raya Yang Lain' - Pelajar Tingkatan 4 Terkejut Gambar Tolong Kawal Lalu Lintas Jadi Tular (Viral)




BATU PAHAT - Seorang pelajar tingkatan empat terkejut apabila foto yang memaparkan dia membantu untuk mengawal lalu lintas jadi tular di media sosial.

Terkejut saya…apabila gambar saya yang cuba membantu meleraikan kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Peserai dan Jalan Bakau Chondong, di sini menjadi viral,” kata Muhammad Syameel Mad Daud.

Menurut Sinar Online, gelagat pelajar itu dirakam ketika berdiri di tengah-tengah jalan mengawal kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat bekalan elektrik terputus.

Muhammad Syameel, yang bersekolah di SMK Dato' Onn berkata, dia dalam perjalanan ke rumah ketika kejadian itu berlaku.

Menurutnya, dia yang tertanya-tanya pada mulanya mencari punca sebenar kesesakan luar biasa itu, akhirnya menemui jawapannya apabila lampu isyarat simpang empat itu tidak berfungsi.

Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang daripada aktiviti kokurikulum, dengan menunggang motosikal, namun motosikal saya tidak bergerak dalam tempoh yang lama tetapi bila sampai di sini, rupanya lampu isyarat rosak.

Tanpa berlengah lagi setelah turun daripada motosikal, saya terus ke tengah jalan membantu menyuraikan kesesakan ini, saya tidak mempunyai niat lain hanya untuk membantu pengguna jalan raya yang lain.

"Saya tak sangka gambar saya cuba membantu menyelesaikan kesesakan jalan raya di persimpangan jalan akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu menjadi tular di media sosial terutamanya di laman Facebook,” katanya ketika ditemui hari ini.

Syameel berkata, dia pada mulanya berasa gementar untuk turun dari motosikal namun dia kuatkan semangat walaupun ada rasa risau termasuklah keselamatannya di tengah jalan raya terbabit.

Katanya, namun setelah 15 minit ‘bertugas’ di tengah-tengah pusat bandar Batu Pahat ini dia didatangi oleh polis trafik yang terus membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku itu.

"Selepas pihak polis trafik sampai ke tempat kejadian, mereka turut memberi amaran kepada saya kerana perbuatan begini amat bahaya dan mengancam keselamatan saya, tetapi saya sudah memohon maaf kepada polis trafik dan menerima nasihat mereka agar tidak melakukannya lagi.

"Walaupun tindakan saya ketika sangat bahaya, tetapi saya rasa amat berpuas hati kerana dapat membantu orang ramai yang menggunakan jalan raya berkenaan daripada menghadapi kesesakan jalan raya,” katanya lagi.


Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli