Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Polis Sempadan Myanmar Pukul, Terajang Warga Rohingnya Viral


Myanmar, 2 Jan - Pihak berkuasa Myanmar telah memulakan siasatan terhadap insiden anggota polis sempadannya yang memukul dan menerajang warga Rohingya seperti mana yang terakam menerusi satu video viral.

Video tersebut memaparkan keadaan sekeliling, termasuk insiden bagaimana seorang warga Rohingya dipukul.

Video berbentuk selfie itu dirakam oleh seorang anggota polis sempadan pada 5 November ketika operasi di Kotankauk, utara Rakhine, kata pejabat kaunselor negeri dalam satu kenyataan akhbar.

Tiga pegawai yang terlibat sudah dikenalpasti dan kini dalam siasatan, tambah kenyataan tersebut.

"Sekarang, menurut laporan awal, tiga anggota polis telah ditahan", kata Zaw Htay, ketua jurucakap kerajaan kepada agensi berita DPA pada Isnin.

"Kami mempunyai peraturan dan undang-undang untuk polis... Mereka akan di hukum menurut undang-undang polis.

Sumber: Aljazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli