Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kasih Sayang Seorang Ibu, Sanggup Kerah Keringat Daki Bukit Broga Sertai SAR Cari Anaknya Yang Hilang


Kuala Lumpur: Seorang ibu sanggup memerah kudratnya apabila beliau telah menyertai misi mencari dan menyelamat anaknya  Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu, lapor Harian Metro.

Rohana Saad, 49, menyatakan dia sehingga kini tidak daapt tidur nyenyak apabila memikirkan keadaan anaknya yang memasuki hari keempat hilang.

“Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini.

"Hilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku."

“Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana, kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut. Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.

“Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Video dan gambarnya mendaki bukit Broga untuk mencari anaknya telah viral di laman sosial selepas dimuatnaik oleh seorang sukarelawan.

Selain itu turut dimuatnaik sebuah video yang menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.



Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), operasi hanya dijalankan selama tiga hari sahaja, namun hari ini operasi sudah masuk hari keempat dan masih tidak menemui mangsa.

"Bagaimanapun, satu perbincangan akan diadakan kira-kira 7 malam dan keputusan bergantung kepada pihak polis selaku ketua operasi," katanya. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli