Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ikan Tuna Gergasi Dijual Pada Harga RM 2.8 Juta

Kiyoshi

Jepun - Seekor ikan tuna jenis bluefin dijual pada harga  74 juta Yen (RM2.8 juta), dan dikatakan merupakan kedua termahal yang pernah terjual setakat ini di pasar Tsukiji.

Ikan seberat 213kg itu dibeli oleh seorang pemilik rantaian kedai Sushi di Jepun.

"Saya rasakan ia agak mahal, tetapi saya merasa gembira kerana berjaya memenangi bidaan tuna yang bersaiz dan berbentuk sempurna itu", kata pemilik kedai Sushi berkenaan, Kiyoshi Kimura.



Ikan tuna gemuk itu ditangkap di Oma, utara Jepun. Dengan kejayaan membida ikan itu, Kiyoshi sudah mengalahkan pesaing-pesaingnya yang lain (yang turut membida)  sebanyak enam tahun berturut-turut.

Bidaan pertama setiap tahun bagi ikan tuna di Tsukiji selalu menarik harga bidaan tinggi dari restoran-restoran yang mahukan publisiti dari acara terbabit.

Pada 2013, Kiyoshi sanggup membayar 155.4 juta yen (RM 101 juta) untuk memenangi seekor ikan tuna jenis sama. Pembelian itu merupakan yang termahal pernah direkod.


Sumber: The Guardian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli