Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Aligator Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam di Florida


POLK COUNTY, Florida – Seekor aligator gergasi berjaya dirakam oleh pengunjung di kawasan pemuliharaan alam Polk Country pada Ahad.

Aligator bersaiz besar itu dilihat merentasi satu kawasan bersemak di Circle B Bar Reserve di Lakeland.

Seorang pengguna Facebook, Kim Joiner, sempat merakam aligator terbabit sebelum memuat naik video berkenaan di laman Facebook.

"Ianya detik yang sangat mengujakan," katanya kepada WFLA.com.

Kata Joiner lagi, dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Joiner menganggarkan aligator itu sepanjang 12 kaki.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, aligator terbabit kelihatan seakan-akan tidak perasan dengan kehadiran orang ramai yang merakam pergerakannya.

Sumber: WFLA

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli