Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ufeel Go: Telefon Urban Mampu Milik Dengan Bateri Bersaiz Gergasi


Berikutan sambutan hangat yang diterima pada Ufeel Prime, syarikat pembuat telefon dari Perancis ini meneruskan legasi mereka dengan melancarkan pula Ufeel Go. Berbeza dengan Ufeel Prime yang menampilkan rekaan premium dan eksklusif, Ufeel Go ini pula lebih mengetengahkan rekaan 'urban look' dengan gaya kotemporari. Ianya dilihat sebagai alternatif kepada Ufeel Prime jika anda mahukan telefon berkapasiti bateri yang besar dengan harga yang lebih rendah.

Reka Bentuk: Minimalis dan Moden

Ufeel Go dibina dengan paparan skrin berukuran 5 inci bersama resolusi HD (1280x720 pixels) iaitu pada kadar ketumpatan pixel 294PPI. Panel skrin juga dibina dengan menggunakan teknologi IPS dan Full Lamination yang menghasilkan paparan yang lebih terang. Skrin kaca 2.5D digunakan untuk menghasilkan lengkungan di bahagian tepi supaya ianya tampak lebih kemas dan selesa dipegang.




Perkakasan Dan Perisian: Pantas Dan Efisyen

Dari segi perkakasan, Ufeel Go menggunakan cip Cortex-A53 bersama pemproses Quad-Core berkepantasan 1.3 GHz. Ia juga beroperasi menggunakan Android Marshmallow sekaligus menjanjikan pengguna dengan perisian terkini. Dengan RAM bersaiz 2GB bersama GPU ARM® Mali™-T720 sudah mencukupi untuk menyelesaikan tugasan harian tanpa sebarang masalah.


Dengan penambahan Antara-Muka dari Wiko sendiri, ianya juga menawarkan fungsi keselamatan dengan menggunakan pengimbas cap jari. Anda boleh menetapkan 5 cap jari untuk 5 tugasan seperti membuka aplikasi atau membuat panggilan. Terpulang kepada anda.


Keupayaan Bateri: Gergasi

Dari segi kapasiti bateri pula, ianya dilengkapi dengan bateri bersaiz 4000 mAh. Bateri yang bersaiz gergasi ini semestinya memastikan jangka hayat telefon yang lebih lama dan penggunaan yang lebih maksimum. Yang menarik tentang peranti ini adalah ianya mampu dijadikan sebagai 'powerbank'. Dengan saiz bateri yang besar, anda mampu berkongsi kuasa bateri bersama rakan anda. Tiada lagi kerisauan kehabisan bateri selepas ini.



Kamera: 5MP di Hadapan & 13MP di Belakang

Berbeza dengan model Ufeel Prime, kamera utamanya diletakkan di bahagian tepi. Ianya dilengkapi dengan kamera utama dengan sensor bersaiz 13-Megapixel dan 5-Megapixel untuk kamera selfie beserta flash LED.

Antara contoh-contoh foto yang diambil dengan menggunakan kamera utama Wiko Ufeel Go:



Di bawah pula adalah dua contoh gambar yang menunjukan perbezaan apabila fungsi flash diaktif atau dinyahaktifkan. Apa yang boleh dilihat adalah foto low-light yang diambil menggunakan kamera hadapan Wiko Ufeel Go ini agak bagus kerana foto yang diambil tidak menghasilkan noise yang banyak berbanding dengan kamera-kamera telefon biasa. Lebih dari itu, kameranya juga dilihat masih mampu mengupayakan fungsi auto-focus biarpun dalam persekitaran gelap.



Harga: Sesuai Dengan Keupayaan Peranti & Berbaloi Dengan Keupayaan Kamera 

Ufeel Go hadir di pasaran Malaysia dalam warna Space-Grey dan dijual pada harga RM 599. Dengan spesifikasi yang praktikal, pengguna sudah semestinya akan mendapat sebuah telefon 'Value for money'.

Jika anda berminat untuk membeli peranti ini, anda boleh mengunjungi laman Facebook Wiko Malaysia. Selain Ufeel Go, terdapat 9 lagi pilihan model yang ditawarkan. Layari laman rasmi Wiko Malaysia untuk melihat senarai telefon yang ditawarkan oleh Wiko.

Artikel ini dibawakan oleh: Wiko Mobile
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli