Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tular Status Halal KFC: Jakim Tegaskan 'Laporan Tinjauan' Tidak Benar Sama Sekali


SHAH ALAM, 9 Jan - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan satu tular laporan berkaitan dengan status halal KFC sebagaimana yang tersebar terutamanya di aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Jakim menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan seorang ustaz ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Untuk makluman, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

"Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

"Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk. Ini bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi.", tulis kenyataan tersebut.

Sumber: Facebook Jakim

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli