Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tonjolkan Keperibadian Kelelakianmu Dengan 14 Alatan Asas Kemahiran Ini

No Comment

Biasanya bila bab-bab pertukangan, tak lain tak bukan, kita akan kaitkan dengan lelaki. Mana tidaknya, dengan tenaga, juga saiz badan sering kali dikaitkan dengan kerja-kerja berat dan yang banyak memerlukan tenaga.

Bukan itu sahaja, dalam penggunaan mesin, atau peralatan juga, kebanyakan lelaki akan mahir menggunakannya. Dari kecil, ke remaja, sehinggalah dewasa, mereka yang ebrgelar lelaki tidak lekang dari membantu ibu bapa, dalam hal-hal sebegini.

Namun, tahukah anda, menurut saudara Abe Jaq, terdapat 14 alatan asa kemahiran yang lelaki wajib ada, dan ianya semestinya akan menaikkan lagi aura kejantanan buat sang lelaki.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.


Hari ini saya nak bercerita tentang kelelakian. Jika mana-mana lelaki tidak ada basic tools ini di rumahnya, maka mereka bukannya seorang lelaki, Awas para isteri- isteri. Kenali suami anda....Hahaha

Jangan marah, saya acah -acah je sebenarnya. Namun, bagi saya basic tools ini seharusnya ada di simpan di rumah bagi keperluan pertukangan asas mahupun DIY untuk kerja-kerja di rumah dan perkara yang melibatkan kecemasan.

Baik, saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seseorang lelaki simpan di rumah dan kepunyaan saya sendiri


1. Screwdriver

Set screwdriver ini saya rasa benda paling basic kot perlu ada dekat rumah. Cuba fikir, macam-macam kot bole buat dengan screwdriver. Wajib di simpan di rumah samada jenis flat @ philip. dari segi saiz, anda perlu agak-agak sendiri berdasarkan penggunaan di dalam rumah.


2. Hammer

Yang ni boleh pelbagai penggunaannya. Sama ada nak memaku, atau mencabut paku. Yang jelasnya mestilah nak ketuk paku kan. Nak gantung frame gambar ke, nak paku dinding ke dan macam-macam lagi. Saya sendiri ada dua jenis, tukul kuku kambing dan tukul warrington.


3. Spanar boleh laras

Alat asas untuk penggunaan kemasan bolt dan nuts kat rumah. Beli yang sederhana besar je ataupun bergantung kepada saiz yang anda selalu guna di rumah. Jimat sedikit jika di bandingkan anda membeli satu set spanar tak boleh laras. Melainkan anda memang seorang handyman ataupun mekanik yang memerlukan set spanar yang banyak.huhu


4. Measuring Tape

Nama pun measuring tape, mestila kerjanya adalah mengukur. Saya kira ianya penting bila anda hendak mengukur [email protected] sesuatu benda. Contohnya nak beli perabut baru, anda perlu kira ukurannya, mana tau takut nanti tersalah beli dan menyebabkan ruang rumah anda makin sempit. huhu.


5. Pliers

Pliers ada banyak jenis dan yang paling basic dan paling di kenali adalah combination pliers, Di namakan combination pliers di sebabkan kombinasi beberapa fungsi. Boleh berfungsi untuk menyepit, memulas dan memotong wayar. Jika anda pernah menggunakannya, anda mesti tahu kepentingannya. 

Saya sendiri ada tiga jenis pliers iaitu combination pliers, needle nose pliers (muncung tirus) dan juga cutter. Sesuai dengan kegunaan saya di rumah kerana melibatkan kerja-kerja yang melibatkan wiring, electrical dan sebagainya. Tapi basic jelah, sebab saya bukan electrician. hehe


6. Drill

Impian saya suatu hari nanti saya nak beli yang cordless drill. Belek-belek harga boleh tahan jugak sebab tak pakai wire @ kabel kan. huhu..Sekarang ini cukupla saya ada yang biasa (wired/cable) untuk kegunaan di rumah. Yang reliable dan berkualiti bagi saya samada Bosch atau Makitta. Saya beli yang Bosch dan memang berbaloi sangat-sangat.


7. Spanar tidak boleh laras

Saya mempunyai sebuah motosikal kapcai yang agak lama usianya. Wajib ada di rumah saya spanar yang tidak boleh laras yang saiznya untuk membuka tayar motosikal. Sebab kadang-kadang mekanik tak nak datang rumah kalau tayar pancit. Kalau datang pun tak berbaloi kita nak bayar harga tukar tayar. Baik cabut sendiri, buh dalam bonet dan bawa pergi ke bengkel. Itulah yang terjadi kepada saya.


8. Allen Key

Kalau anda beli perabut contohnya katil besi, mesti di datangkan dengan satu allen key kan? Jadi simpanlah elok-elok allen key tu supaya lain kali kalau ada yang longgar senang nak ketatkan balik Siapa yang mempunyai basikal, maka sewajarnya beli satu set pelbagai saiz, Sebabnya memang berguna untuk basikal anda. Saya beli satu set terus..huhu


9. Level

Saya beli level ini bila saya nak gantung TV holder/bracket kat dinding rumah. Takut nanti senget TV saya. huhu. Lepas tu setiap kali nak gantung frame atau hiasan dinding saya mesti gunakan level supaya tak senget.


10. Teflon tape

Teflon tape digunakan untuk paip kat rumah. Nak balut thread paip contohnya pili, soket dan sebagainya. Selalunya bila pili paip anda dah bocor, anda perlu tukar pili baru dan semestinya perlu letak teflon tape untuk mengelakkan kebocoran.


11. Test pen

Alatan asas dalam kerja-kerja elektrikal. Jadi perlulah anda simpan satu untuk menguji arus elekrik dalam sesuatu litar. Senang untuk anda buat troubleshooting.


12. Gergaji

Simpanlah satu gergaji di rumah. Mana tau suatu hati nanti anda memerlukannya walaupun anda jarang menggunakannya. Lainlah anda memang minat kerja DIY dalam pertukangan kayu, semestinya macam-macam jenis gergaji wajib di simpan. Termasuklah aksesori-aksesorinya sekali..


13. Tangga

Tangga pun mestila ada jugak. Nanti macam mana sang isteri nak main tukar-tukar langsir setiap kali perayaan kan? Kadang-kadang boleh jugak buat cuci kipas, tukar mentol lampu yang terbakar. Saya beli yang aluminium sebab ianya ringan.


14. Toolbox

Bila dah ada tools mestilah kena ada rumahnya. Nanti nak letak mana. Haha

Banyak lagi rasanya tools yang lelaki inginkan dan disimpan di rumah. Ianya berdasarkan kecenderungan dan kepakaran masing-masing. Kalau pakar tukang kayu, maka banyakla alatan tukar kayu di rumah, electricians maka banyakla alatan electrician, plumber maka banyak la alatannya dan begitulah seterusnya. Cumanya saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seorang lelaki miliki dari sudut pandangan saya. Hehe

Sekian.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli