Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Bagaimana Untuk Menguruskan Penulisan Supaya Tidak Serabut, Boleh Digunakan Dalam Menulis Jurnal, Juga Buku

No Comment

Menulis, memulakan ayat, penggunaan bahasa, juga menyusun struktur ayat bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan dalam membuat penulisan yang formal, atau ilmiah. Ini kerana, setiap apa yang cuba disampaikan sebolehnya dapat difahami dengan mudah, dan maksudnya tidak disalah tafsir.

Bagi mereka yang perlu menyiapkan laporan, atau penulisan ilmiah, atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan bidang penulisan, sudah pasti ada ketikanya anda menjadi buntu, dalam memulakan ayat, atau bagaimana untuk memastikan penulisan tersebut lebih bermakna.

Menurut perkongsian dari saudara Norshahkang Shuaib, terdapat beberapa tip yang anda boleh ikuti, dan lakukan, dalam memastikan penulisan anda tidak serabut dan mudah dibaca, serta difahami oleh orang lain.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


TIPS MENULIS - UNTUK PELAJAR PHD ATAU SESIAPA SAHAJA

a. Pecahkan tulisan anda yang panjang kepada blok-blok kecil

Selalunya kita akan berasa tertekan untuk menulis sebab kita rasakan banyak benda hendak ditulis. Bayangkan kita masuk perpustakaan, duduk dan menanti di depan laptop adalah esei 3000 patah perkataan untuk ditulis.

Tentu kita pun jiwa tertekan sebab rasa aduh, banyaknya!

Teknik yang saya gunakan untuk terus motivasi menulis karya kreatif dan thesis PhD adalah pecahkan tulisan kita kepada blok-blok kecil, dan kita kerap wujudkan masa untuk habiskan blok-blok kecil ini.

Pada saya, Lebih elok kerap menulis sikit-sikit, berbanding terus duduk sekali dan tulis banyak sekaligus. Kualiti lebih terjaga.


Bayangkan setiap kali duduk tulis 100 patah perkataan.

Setiap kali duduk = 30 minit - 1 jam (untuk 100 patah perkataan, lebih dari cukup)
Duduk menulis = 3 kali sehari (waktu pagi, tengah hari dan sebelum tidur)

Selang-seli dengan benda lain (baca jurnal, buat eksperimen, layan anak, main game, bersukan dan sebagainya)

Sehari dah dapat 300 patah perkataan. Buat setiap hari.

Lima hari bekerja dah dapat 1500 patah perkataan

Itu kalau 100 patah perkataan untuk 1 jam, kalau 200 patah perkataan? 300? 400?

Itu kalau 3 kali menulis sehari, kalau lebih dari itu?


Mula sikit-sikit, lama-lama boleh tambah lagi bilangan perkataan dalam sekali duduk menulis.

Itulah antara rahsia dapat tulis dengan cepat tanpa ada stress yang terlalu menganggu hidup.

Menulis kena selang-seli dengan kehidupan harian. Baru kualiti itu akan ada. Kalau duduk stress menulis, memang akan jadi hampeh.

Selain dari teknik di atas, terdapat beberapa tip lain lagi yang boleh dipraktikkan, dan ianya adalah seperti di bawah:


b. Kenali apa itu writing, editing dan formatting - cara menguruskan penulisan yang serabut

1. Kebanyakan proses penulisan menjadi susah kerana kita salah dalam menguruskannya.

2.
Apa maksud writing, editing dan formatting?

- writing bermaksud mencatat idea ke atas kertas, tanpa mengira format dan tatabahasa. Pendek kata, bantai saja apa sahaja dalam kepala

- editing bermaksud menyunting hasil writing - yakni membetulkan tatabahasa, membetulkan ayat, menyusun idea menjadi lebih komprehensif dan sebagainya

- formatting bermaksud membetulkan format tulisan dari segi bold, italic, saiz font, format jurnal, format thesis, format reference dan sebagainya.

3. Masalah kebanyakan dari kita adalah kita terlalu gelabah dalam formatting. Banyak kali jumpa penulis atau pelajar PhD asyik pening kepala memikirkan format dan akhirnya proses penulisan menjadi lingkup. Ada juga yang kalut nak editing dan akhirnya idea yang tersimpan dalam kepala otak menjadi beku.


4. Apabila kita ketahui tiga proses berbeza ini, kita boleh menetapkan waktu bila kita harus melakukan proses-proses ini:

Pada pandangan saya:

a) Writing harus dibuat saat anda sedang segar dan bersemangat - tanpa gangguan internet, tanpa gangguan muzik, penuh fokus. Untuk saya, writing selalunya laju pada awal pagi sehingga tengah hari

b) Editing boleh dibuat bila-bila masa - dan boleh disertakan dengan sedikit muzik. Editing selalunya pada waktu selepas makan tengah hari sehingga petang

c)
 Formatting adalah perkara paling mudah dan kurang penting berbanding editing dan writing, boleh dibuat waktu dah letih (malam misalnya), dan boleh dibuat sambil-sambil buat benda lain

5. Saya selalunya akan meluangkan masa ketiga-tiga proses dalam masa satu hari:

* Writing - 200 words
* Editing - 200 words dari hari semalam
* Formatting - 200 words dari hari semalam

(esoknya proses editing/formatting akan dibuat kepada 200 words yang writing pada hari ini).


6. Saya memilih proses mana yang hendak saya buat berdasarkan mood dan semangat saya. Kalau waktu tengah bersemangat, jangan buat formatting sebaliknya buat writing. Kalau tengah lemah, bukan tidur dan menangis tapi buatlah benda-benda yang mudah seperti formatting.

Dengan disiplin dan pemahaman beza ketiga-tiga proses ini, anda boleh menguruskan penulisan anda dengan baik

Ini salah satu teknik yang saya gunakan untuk menghasilkan kertas-kertas jurnal dan thesis PhD - submitted selepas 2 tahun 7 bulan. Juga saya gunakan untuk proses penulisan buku-buku saya.

Saya bukan pandai menulis tapi saya amalkan teknik ini bagi menguruskan proses penulisan saya yang selama ini serabut.

Selamat mencuba dong! Mana tau teknik ini bermanfaat untuk anda.

- Siakap Keli

Sumber: Norshahkang Shuaib 1, 2

BACA: Dengan Membaca 4 Buah Buku Seminggu, Dalam Pelbagai Genre, Pemuda Ini Mampu Menulis Sehingga 11 Buah Manuskrip Setahun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli