Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tiada Masa Layan Karenah Politik Cetek, Patutnya Tilam Dan Katil Boleh Bawa Ke Pusat Pemindahan Banjir," - Azmin


Pagi tadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah membuat demontrasi membantah rumah urut di Selangor dengan membawa 10 set katil, tilam dan ais krim di hadapan pejabat SUK Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  dalam satu temubual dilihat beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Jamal itu sebaliknya beliau menyatakan hanya ingin memberi tumpuan terhadap pembangunan di negeri ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, Datuk Seri Jamal Md Yunos sepatutnya menghantar set katil di pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Sabak Bernam.

"Seperti hari ini, sepatutnya tilam-tilam itu dihantar ke pusat pemindahan banjir, bukannya diletakkan di depan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan) Negeri Selangor .

"Tak apalah, saya malas nak komen... saya serah kepada rakyat untuk penilaian."

"Saya tidak ada masa untuk melayan karenah politik cetek seperti ini kerana kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu perlu diutamakan," katanya.


Ditanya berhubung ketegasan kerajaan negeri dalam isu judi dan rumah urut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti haram seperti itu berlaku di Selangor.

"Pihak Berkuasa Tempatan telah memainkan peranan yang cukup berkesan untuk memastikan aktiviti ini  tidak berkembang, malah sekiranya dikesan tindakan tegas akan diambil," katanya.

BACA: (Video) Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim

Dalam kejadian pagi tadi, Jamal mendakwa, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti beroperasi di rumah-rumah kedai di seluruh Selangor. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Blog pembangkang fikir bangkng je

    BalasPadam


  2. Gabung Di Sini Bersama Kami Di kelinci99.com Dapatkan Freechip 5000 Setiap Hari NYa.....

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli