Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkejut Beli Buah Laici Dalam Tin Bekas Berbalut Dua Kali, Seolah-Olah Dikitar Semula



Seorang lelaki nayata terkejut selepas mendapati buah tin laici dalam yang dibelinya saripada sebuah pasar raya di Kuala Terengganu telah dibalut dua kali seolah-olah dikitar semula, Lapor Sinar Harian.

Hakim Fahmi Awang, 35 berkata, dia telah membeli laici dalam tin itu sejak dua minggu lalu yang diletakkan di dalam hamper yang dibeli di sebuah pasar raya milik bumiputera, di sini.

Namun perkara ini disedari selepas dia menyuruh isterinya, Che Ku Atyrah Farhana, 22, membuat minuman menggunakan laici yang dibelinya itu.

“Apabila isteri perhatikan tin itu, balutan pertama terkoyak dan terdapat satu lagi balutan jenama lain pada tin laici berkenaan.

“Manakala jenama pada kertas pembalut tin di bahagian dalam ditutup dengan pen marker, menyebabkan kami keliru dengan produk ini.

“Saya agak terkejut dengan apa yang dialami dan memuatnaik gambar itu di dalam laman media sosial, facebook, selepas gambar itu menjadi tular, rupa-rupanya ramai yang terkena dan mengalami nasib yang sama dengan saya,” katanya.



Menurut Hakim lagi, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa dan juga tidak tampil berjumpa dengan pemilik pasar raya itu, kerana memikirkan ia hanya masalah kecil.

“Saya terkejut juga apabila ramai yang memberi ulasan pada facebook saya dan terdapat rakan facebook yang mengalami masalah sama termasuk juga jenama makanan dalam tin yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Azlan Abdul Samat berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian ini.

Selepas kejadian ini, beliau telah pun mengarahkan pegawainya memeriksa perkara itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada Sinar Harian.

“Kita belum menerima apa-apa aduan daripada orang ramai mengenainya, tetapi akan melihat dengan lebih terperinci masalah ini sebelum melakukan tindakan selanjutnya,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli