Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ribuan Kerang Terdampar di Pantai, Orang Ramai Berpesta Datang Kutip


KUANTAN - Orang ramai berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar di Pantai Baru Hitam, Balok di sini selepas hidupan laut itu terdampar sejak petang semalam.

Sinar Online berkata, tinjauan mereka tengahhari tadi mendapati lebih 500 orang memenuhi persisir pantai itu dengan peralatan mengutip kerang dan rata-rata berjaya membawa pulang hasil sekurang-kurangnya dua kilogram seorang.

Salah seorang pengunjung, Ahmad Khairuddin, 35, berkata dia datang bersama keluarga kira-kira jam 11 pagi selepas perkara itu menjadi viral di media sosial.

Menurutnya, hasrat untuk mengutip kerang beramai-beramai itu tercapai memandangkan dia kesampaian berbuat demikian pada tahun lepas.

"Tahun lepas pun ada kejadian sebegini tapi bila kerang sudah habis dikutip baru saya dapat tahu.. itu pun melalui Facebook.

"Kali ini sebaik nampak kawan muat naik gambar di facebook, saya terus ajak isteri dan anak pergi sini," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nor Wahida Abu Samah, 36, berkata ini kali pertama dia dan keluarga merasai pengalaman mengutip kerang beramai-ramai.

"Saya tinggal berdekatan sini saja.. balik rumah terus tukar baju dan ajak anak-anak datang kutip kerang.

"Tak sampai satu jam, saya sudah dapat kutip kerang sebesen," katanya.

Sementara itu, orang ramai juga turut memuat naik foto dan video pengalaman mengujakan itu di media sosial.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli