Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami, Hargailah Wanita Yang Tidak Pernah Bosan Dalam Menambat Hati Kamu, Kerana Dia Bidadari Hatimu

No Comment
Foto: Kabar Muslimah

Zaman teknologi yang canggih ini, sudah pasti memberikan kemudahan, dan kesenangan buta kita semua. Lebih-lebih lagi dengan adanya penghubung antara kita dan keluarga, juga sahabat yang berada di kejauahan. Ia secara tidak langsung akan memastikan hubungan yang terjalin tidak terputus.

Di awal perkahwinan pula, segala susah dan senang, dihadapi bersama. Walau ada kekurangan, ia tidak menjadi penghalang, kerana bahagia itu akan muncul bila hidup bersederhana, dan saling melengkapi antara satu sama lain.

BACA: Tidak Mengapa Jika Di Awal Perkahwinan Hanya Makan Bersila Sahaja, Kerana Hidup Bersederhana Lebih Indah Bila Bersama

Namun begitu, buat lelaki, ayah, atau suami, jalankan tanggungjawab anda dalam memberikan kebahagiaan, bukan sahaja buat anak, tetapi isteri anda. Janganlah sentiasa sibuk dengan urusan kerja, dan rakan-rakan. Bagi Uztaz Ebit Lew, lelaki mempunyai tugas yang penting sebagai ketua keluarga di rumah, dan seharusnya, mempraktikkan cara sebegini, dalam memastikan hubungan suami dan isteri lebih bahagia.

Mari kita ikuti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini.

Foto: Ohdunia

Sedihnya..sayunya..bukankah isteri itu Bidadari penyejuk hati kita seorang suami?

Sehingga hari ini soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8malam sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main hp.

Takde langsung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya di sisi penghuni langit.

1. Makan Bersama

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

2. Asingkan Telefon Bimbit

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

3. Waktu Maghrib Bersama

Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30 malam. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta'lim dan Majlis ilmu..

4. Ayah Menjadi Contoh Buat Ana-Anak

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

5. Bercerita Kepada Anak-Anak

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.

6. Ucapkan Sayang Kepada Isteri

Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena.

7. Bersyukur Atas Nikmat

Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu

Semoga anda mampu menjadi yang terbaik buat pasangan anda, lelaki yang sentiasa mengutamakan keluarga, dan memberikan sepenuh perhatian, serta kegembiraan buat mereka. Mari kita hidup dalam keluarga yang bahagia. – Siakap Keli

BACA: Tidak Ramai Suami Yang Tergerak Hati Untuk merakam Gambar Wajah Isterinya Sendiri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli