Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Starbucks Isytihar Akan Ambil 10,000 Pelarian Bekerja Sebagai Respon Terhadap Larangan Visa Perjalanan Trump



Starbucks dalam satu kenyataan berkata ia akan mengambil 10,000 pelarian bekerja dalam masa lima tahun akan datang sebagai respon kepada larangan visa perjalanan Trump ke atas tujuh negara yang bermajoriti Islam.

Pengasas syarikat kopi berkenaan, Howard Schultz berkata menerusi satu surat kepada pekerja bahawa perkara itu akan dilaksanakan di cawangannya pada peringkat global dan usaha itu akan dimulakan di Amerika Syarikat yang mana akan memfokuskan untuk mengambil pelarian yang 'pernah berkhidmat dengan tentera Amerika sebagai jurubahasa dan kakitangan sokongan'.

"Kita kini sedang membuat perancangan untuk mengambil 10,000 dari mereka (pelarian) dalam masa lima tahun di 75 buah negara di seluruh dunia dimana Starbucks menjalankan bisnes." tulis beliau.

Dalam masa yang sama, syarikat itu juga menegaskan mereka tidak menyokong, mahupun berdiam diri dari ketidaktentuan yang hadir dari pentadbiran baharu di negara itu.

Kenyataan itu hadir selepas larangan visa perjalanan Trump mencetuskan huru hara terhadap pelarian yang berada di negara tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli