Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Singapura Akan Kenakan Cas Sebanyak S$6.40 Mana-Mana kenderaan Asing Masuk Ke Negara Berkenaan


Mana-mana kenderaan asing yang memasuki Singapura dari Johor, sama ada melalui pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands akan dikenakan caj jalan raya sebanyak S$6.40 berkuatkuasa 15 Februari ini.

Caj jalan raya (RRC) berjumlah S$6.40 (RM20)akan dikuatkankuasakan terhadap semua kereta dengan nombor pendaftaran asing yang hendak memasuki Singapura di mana jumlah berkenaan adalah menyamai caj jalan raya sebanyak RM20 yang dikenakan Malaysia terhadap mana-mana kenderaan asing yang memasuki Johor. Caj tersebut telah dilaksanakan pada 1 November lalu.


Memetik laporan berita Channel News Asia, perkara itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu.

Caj RRC berkenaan perlu dibayar bersama Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), tol dan Sistem Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sewaktu meninggalkan Singapura dari pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Ketika ini papantanda telah didirikan untuk mengingatkan pengguna yang masuk ke negara pulau itu, agar membayar caj yang dikenakan melalui penggunaan kad Autopass atau kad tunai di pondok-pondok imigresen. - Siakapkeli.my

Sumber: Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli