Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Maut, 7 Cedera Selepas Tandas Awam Meletup di China Akibat 'Gas Terkumpul'


China - Seorang maut dan tujuh cedera selepas sebuah tandas awam meletup dan runtuh dalam kejadian di wilayah Shaanxi, China.

Menurut portal South China Morning Post (SCMP), tandas itu meletup akibat gas mudah terbakar yang terkumpul dalam paip pembentung.

Pihak berkuasa tempatan berkata, antara gas terkumpul yang mungkin menyebabkan letupan itu termasuk metana, ammonia dan hidrogen sulfida.

Tujuh mangsa yang cedera hanya mengalami luka ringan. Dua antara mereka sudah pun dibenarkan keluar dari hospital.

Banyak tandas awam di China masih mempunyai saluran terdedah kepada udara terbuka namun pihak berkuasa tempatan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pengubahsuaian awan bagi mematuhi piawaian sejajar dengan ekonomi membangun.

Sumber: SCMP
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli