Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sakit Kepala, Atau Pening Kepala, Istilah Yang Mana Satu Patut Digunakan Jika Berjumpa Doktor

No Comment

Setelah seharian bekerja, dan memerah keringat untuk menyiapkan tugasan, atau kerja sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh majikan, anda sudah pasti tidak cukup tidur, dan mengalami penibg kepala kerana sudah penat bekerja.

Bila sudah tidak tahan dengan pening kepala tersebut, anda mungkin akan berjumpa dengan doktor, dan ingin mendapatkan rawatan susulan.

Namun, apabila ingin menyatakan sakit yang anda alami, sebenarnya terdapat maksud yang berbeza mengikut pemahaman doktor, dari segi medikal akan penggunaan istilah sakit kepala, dan pening kepala. Untuk ketahui apa yang dimaksudkan, mari kita ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad dengan lebih lanjut.


APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?

Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doktor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.

Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.


Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.


Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita.

Ada juga yang menggunakan istilah pening apabila rasa seperti mahu pitam kerana tiba-tiba rasa kepalanya ringgan atau rasa dirinya mahu terbang dari atas tanah. Seolah-olah beliau rasa ditarik ke atas udara secara tiba-tiba. Pesakit ini mungkin rasa tidak stabil dan mahu jatuh. Sebenarnya beliau lebih rasa tidak seimbang lalu mahu jatuh. Ini adalah tanda yang lebih bahaya.


Dalam bahasa mediknya disebut sebagai “presyncope”. Ini berlaku apabila kepekatan oksigen yang sampai ke otak tidak mencukupi. Ia mungkin tanda stroke, serangan sakit jantung dan sebagainya.

Rasa pening juga boleh terjadi apabila seseorang itu bernafas terlalu laju, atau kita sebut sebagai "hyperventilation". Selalunya ia disebabkan oleh perasaan terlalu risau. Ini berlaku apabila terlalu banyak oksigen sementara terlalu sedikit kepekatan karbon dioksida yang sampai sampai ke dalam otak. Perlu ada keseimbangan antara kepekatan oksigen dan karbon dioksida yang kita hirup dari udara.

Jadi sangat penting bagi seorang doktor mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ‘pening’ atau mengalami masalah lain seolah-olah pening. Ini kerana punca, pemeriksaan dan rawatan bagi pening berbeza dengan masalah yang lain.

Tetapi apabila selalunya jika seseorang pesakit mengadu pening, selalunya ia merujuk kepada masalah vertigo. Namun sebagai doktor harus memastikan perkara ini dengan bertanyakan beberapa soalan.

Antara soalan yang biasa saya tanyakan kepada pesakit saya ialah “Puan rasa seluruh bilik ini berpusing atau puan rasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut?” Ini dapat membezakan antara dua simtom atau gejala yang berbeza.

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli