Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rancangan Running Man Tidak Jadi Ditamatkan Selepas Desakan Peminat - SBS


KUALA LUMPUR 24 Jan - Program realiti terkemuka Korea, Running Man akan tetap diteruskan biarpun sebelum ini pihak produksi pernah mengumumkan program itu akan ditamatkan.

Menurut Naib Presiden SBS, Nam Seung Yong, keenam-enam anggota asal program itu juga akan dikekalkan untuk musim baharu itu.

"Walaupun kami sudah mengumumkan pembubaran Running Man pada Disember lalu tetapi ada desakan daripada peminat yang membuatkan pihak produksi mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

"Nam Seung Yong, pencipta asal Running Man pada 2010 telah berjumpa dengan para pelakon sejak awal tahun ini untuk bercakap dengan lebih mendalam (mengenai pembuaran Running Man).

"Melalui perbincangan itu, dia meminta maaf kepada kesemua pelakon kerana insiden yang berlaku ketika penggubalan semula rancangan tersebut. Kesemua enam pelakon setuju untuk kekal dalam rancangan ini (selepas perbincangan)." kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Sumber: Koreaboo
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli