Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perhilitan Akui kemungkinan Wujud Harimau Di LPT2 Berhampiran Bukit Besi

No Comment

Berikutan tersebarnya sekeping gambar yang didakwa seekor harimau belang yang sedang berehat di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, Terengganu semalam, pihak PERHILITAN tidak menafikan kewujudan binatang buas berkenaan di lokasi tersebut, lapor Harian Metro.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, mereka tidak menolak ada harimau Bukit Besi selepas gambar haiwan terancam itu menjadi tular di media sosial hari ini.

Menurutnya, beliau telah menerima laporan daripada pihak LPT2 mengenai kehadiran haiwan liar berkenaan oleh pihak pengurusan lebuh raya berkenaan tadi.

Beliau memberitahu sudah mengarahkan petugas dan pegawai PERHILITAN Negeri melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat.

"Walaupun maklumat yang menjadi tular itu belum dapat disahkan lagi namun PERHILITAN sudah mengambil tindakan segera di lokasi didakwa harimau itu berada.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada PERHILITAN termasuk kehadiran individu disyaki pemburu haram," katanya.

Dalam kejadian 6 Februari tahun lalu, seekor harimau betina mati selepas dilanggar sebuah MPV di Kilometer 321.2, LPT2. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli