Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Ramai Suami Yang Tergerak Hati Untuk merakam Gambar Wajah Isterinya Sendiri

No Comment

Sering kita terbaca komen-komen di laman Facebook atau di page Siakapkeli sendiri, kisah pasangan romantik sebelum berkahwin, makan ramai akan menurunkan komen mengatakan ''itu belum kahwin, dah kahwin nanti hilanglah sweetnya."

Adakah semua jadi sebegitu? sedangkan mereka tidak kira suami atau isteri adalah orang yang sepatutnya kita layan dengan kasih sayang sampai berakhirnya nyawa kita.

Sedar atau tidak, kita terutamanya lelaki jarang merakam gambar isteri kita sendiri dan mungkin tidak banyak atau tiada lansung dalam memori telefon kita.

Seorang lelaki bernama Al Irfan Jani menegur suami-suami seperti ini.



Wahai para lelaki, perasan tak? bila kita membuka lembaran album foto-foto lama. dari nenek moyang kita sendiri misalnya, kita akan perasan satu perkara.

Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sikit-sikit snap, sikit-sikit snap.

Percayalah, tidak ramai suami yang tergerak hatinya ingin memfoto gambar wajah isterinya. Ada tu tak terlintas langsung. Saya sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa. 

Perasan tak, betapa rajinnya si isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini? Sedangkan dia sendiri terlupa yang wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama. 

Satu hari nanti, apa yang paling kita kecewakan, album keluarga kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita yang berada di belakang kamera. 

Ambillah fotonya, biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya. 

Wahai para suami, ada seorang wanita yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia. Dialah ibunda kepada anak-anak kita. Tetaplah terus menyimpan wajahnya itu. Biarlah rambut berserabut, tidak bersolek atau dengan t-shirt buruknya itu sebab itu semua tidak penting bagi anak-anak kita. 

Apa yang lebih bernilai, wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai, lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan dan diawetkan ke dalam memori. Memori, mengajar kita tentang jerih-perih. Tentang doa dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan. Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat. 

Berbanggalah kerana mempunyai seorang isteri yang sering di belakang kamera keluargamu. 

Maka di situlah tugasmu, para suami. Snaplah wajahnya, kegembiraan, kesengsaraan, ketabahan sebelum punyai anak atau selepasnya. Sebelum di hujung nafas yang entah bila kita dipisahkan-Nya. Al Irfan Jani.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli