Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyelamat: Ular Beri 'Kasih Sayang Ibu' Kepada 4 Anak Anjing Yang Terperangkap Dalam Perigi 80 Kaki



VADODARA: Aktivis haiwan telah menyelamatkan seekor ular sawa dan empat anak anjing dari sebuah perigi berkedalaman 80 kaki dai Vadodara, Gujarat semalam.

Ketika diselamatkan, anak-anak anjing itu ditemui dalam keadaan berehat dengan selesa di sebelah ular sepanjang enam kaki itu.

Salah seorang aktivis, Neha Patel, berkata anjing-anjing tersebut mungkin telah tergelincir ke dalam perigi itu ketika bermain.

"Kami nampak seekor ular sawa yang berada di samping empat ekor anak anjing itu. Kesemua mereka terperangkan di dalam selama empat hari. Ular sawa itu boleh sahaja memakan anak anjing terbabit tetapi ia langsung tidak mencederakan mereka. Malah ia melindungi dan memberikan kasih sayang ibu (kepada anak-anak anjing itu)," kata Patel.

Ular tersebut kemudian di lepaskan ke dalam hutan manakala anak-anak anjing tersebut disatukan kembali dengan ibu mereka.





Sumber: TOI
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli