Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Gempar Buaya Muncul di Perkarangan Masjid



Debak, 30 Jan - Penduduk di Kampung Debak Laut, Sarawak gempar apabila menemukan seekor buaya yang muncul di perkarangan Masjid Darul Iman Debak Laut malam tadi.

Menurut BH Online, buaya sesat itu berukuran sepanjang tiga meter.

Difahamkan juga, haiwan itu dipercayai tersesat ke darat dari Sungai Rimbas.


Penemuan itu sekaligus mendatangkan komen dari netizen yang dilihat mengambil peluang untuk mengusik rakan-rakan di media sosial.

"Buaya pun pi masjid" tulis pengguna Twitter @hidakamal.

"Buaya pun cari ketenangan kt tempat yg betul 👌🏻" usik @faizfathi71 pula.

"Malu bertanya kawaan sesat cari jalan pulanggg. Harap dia jumpalah jalan ke tmpat asal" tulis pengguna Facebook, Mira Rahman berseloroh.

Kemunculan buaya ini sekaligus mengingatkan kembali insiden buaya sepanjang tujuh kaki yang muncul di sebuah pangsapuri di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli