Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video&Gambar) Pendaki Hilang Seminggu Lalu Ditemui Selamat, Laungan Azan Dan Takbir Bergema Di Atas Bukit Broga


Seorang pendaki, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu telah dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Beliau telah ditemui oleh kumpulan SAR yang turut dibantu daripada persatuan Pencari Dan Penyelamat Gunung Malaysia (Mosars) dan pendaki gunung lain di puncak Broga.

BACA: (Video) Kasih Sayang Seorang Ibu, Sanggup Kerah Keringat Daki Bukit Broga Sertai SAR Cari Anaknya Yang Hilang

Menurut seorang pendaki yang menyertai misi menyelamat, mangsa dijumpai di atas track antara Broga dan Gunung Tok Wan tidak jauh daripada tempatnya hilang.

Semasa beliau dijumpai , para pendaki telah melaungkan azan dan takbir,





"Syukur, mangsa telah keluar ke track, Tujuh hari dalam hutan.. tanpa makanan, tanpa tmpat perlindungan.. tanpa kelengkapan hutan," tulis seorang pendaki.

Mukhris yang berasal dari Pantai merdeka, Kedah bersama rakan-rakannya telah mendaki Bukit Broga kira-kira 4 petang, Ahad lalu namun beliau gagal dikesan selepas sampai ke puncak bukit berkenaan. - Siakapkeli.my








Sumber: Hiking & Camping Around Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli