Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan 5 Maut Terjatuh Di Pusat Beli-Belah



IPOH, 25 Jan: Seorang pelajar tingkatan lima maut dipercayai terjatuh dari bahagian bumbung di sebuah pusat beli-belah yang terletak di hadapan sekolahnya di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berpakaian sekolah terjatuh bersama beg sekolahnya.

"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi telah pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata siasatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan lebam di tangan atau badan selain tiada saksi yang melihat kejadian.

"Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat. Ibu dan bapa mangsa telah berpisah tetapi masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tiada masalah," katanya.

Sum berkata pihak polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli