Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pati Ikan Haruan Tidak Digalakkan Untuk Ibu Yang Lahir Anak Secara Caesar," Ibu Ini Kongsi Deritanya Semasa Lahir Anak Ke Empat


Adalah menjadi kebiasaan sejak daripada dahulu lagi apabila ibu yang baru melahirkan anak, mereka akan diberi makan ikan haruan kerana khasiatnya untuk melegakan luka bersalin dengan cepat dalam tempoh berpantang.

Zaman semakin kehadapan, khasiat ikan haruan kini boleh didapati dalam bentuk minuman di mana ia dijual dalam btol dalam bentuk pati yang khasiatnya sama seperti memakan ikan haruan segar dan menjadi pilihan ramai ibu bersalin pada zaman sekarang.

Tetapi tahukah anda, pati ikan haruan memang berkhasiat kepada ibu yang bersalin secara normal tetapi tidak digalkkan kepada ibu yang baru melahirkan anak dengan pembedahan caesar.

Kenapa? jom kita baca perkongsian Puan Nor Farra Farihan dimana beliau telah melahirkan empat orang anak melalui pembedan caesar, tetapi beliau menghadapi masalah untuk melahirkan anak keempatnya kerana katanya berkaitan jus ikan haruan.


Sayangku Muhammad Umar Dhiaurrahman..baby dah setahun sekarang walaupun lambat mama wish...mama nk cite pengalaman yg boleh dijadikan panduan untuk ibu2 yang bersalin secara caeser..

Bila ingat balik rasa nak menangis dan rasa besarnya kekuasaan allah swt menyelamatkan nyawaku, Umar lahir secara caeser, bukan mama tak pernah bersalin caeser, melahirkan baby dah 3 kali mama bersalin secara ceaser..

Kakak Batrisyia bersalin ceaser sbb jalan lambat terbuka, kak Ardini bersalin normal tak cukup bulan ,adik bambam caeser jugak doktor paksa sbb besar sgt 4.3 kg..baby umar kena paksa jugak sbb dah 2 kali caeser.

Pernah x ibu-ibu kat luar sana rasa sakit semasa doktor tengah operate,? kenapa sy cakap mcmtu sebab sy mengalami situasi begitu.

Saya masuk bilik operation dlm pukul 4.00 petang..selepas salam minta maaf ngan suami dan call mak ayah kt kampung, saat masuk bilik bedah rasa mcm dunia ni kecik je, adakah selepas ini aku masih hidup untuk melihat anak-anakku membesar.

Nurse lap air mata sy, tak mau menangis nanti emosi puan terganggu, ingat Allah swt sahaja jap lagi baby nk keluar...moga dia permudahkan..lepas bius dlm pukul 5 lebih operation bermula.

Doktor pakar bagi tau dia akan operate tempat yang sama masa operate dulu, nurse bagi minum ubat, lepas minum terus saya muntah sbb angin..nak operation kita kena berpuasa, sy berpuasa dari mlm lagi.

Doktor pakar bedah mula operation, sy dapat rasa bau hangit pisau tengah belah perut..zikir dan bacaan ayat suci alquran bermain dibibir...semasa tengah operation doktor pakar tu behenti operate.

"Puan tunggu sekejap yer saya tak dapat teruskan operate tempat operate puan melekat-lekat antara dinding rahim dengan usus, doktor tu cakap sukar untuk saya teruskan."

Dalam hati saya hanya berdoa selamatkan anakku walaupun nyawa aku tidak panjang  ya Allah.. Anak ini hadiah keempat untuk suami tersayang...doktor pakar tu suruh nurse call doktor pakar yang senior lagi dari dia, masa tu dah setengah jam saya rasa operation berjalan.

Tunggu dlm 10 minit doktor pakar tu datang dgn kelam kabut, kesian saay tengok dia berlari untuk selamatkan pesakit...kalau dia tengah makan mesti dia tinggal makanan dia berlari nk selamatkan kita.

Dia datang dengan senyuman, sabar yer puan doktor pakar bisik kat telinga sy.. berzikir banyak-banyak ingat Allah swt sentiasa...dia mulakan dgn Bismillah....bila dah sejam lebih usaha nk keluarkan baby.

Tiba-tiba saya rasa sakit sangat doktor dok tekan-tekan perut saya untuk keluarkan baby....saya sedaya upaya sabar menanggung sakit bila operation tengah berjalan... ya Allah ya Allah...saya dah x boleh nak tahan sakit sy menjerit mintak tolong.

Tolong doktor tolong saya rasa sakit sangat operate kali ni...saya merayu doktor tambah ubat bius, saya dapat rasa sakit xtau nak cakap pedihnya...doktor pakar bius dok dekat saya, dia bg tau x boleh bius dah puan..bahaya puan kalu tambah ubat bius..

"Puan sakit sangat ke?" tanya pakar bius tu.

"Ya doktor, tolong la doktor saya x boleh tahan dah doktor sakit sangat ni."

Saya menangis masa tu...pakar bius tu bagi pakai oksigen, dia masukkan ubat pelali.. tetiba saya rasa x sedar diri hanyut..last saya sebut ya Allah Allah....saya rasa saya tido tapi saya rasa sakit masa tido, tapi sy tak boleh buka mata.

Bila saya sedar saya tengok nurse tengah angkat baby bawak keluar untuk mandi kan masa tu dah pukul 8.00 mlm..saya mengucap syukur pada Allah swt kerana masih hidup untuk melihat anak2 membesar..

Ya Allah lamanya proses nk keluarkan baby kali ni,dekat 3 jam lebih..biasa operate anak yg lain bawah 1 jam selesai bawak keluar baby...doktor tanya sy, "puan ada makan pati [email protected] ikan haruan masa berpantang anak yg lepas.."

"Yer saya makan selama 2 minggu pertama."

Doktor bagi tau puan mengalami (adhesion colic) iaitu dimana usus -usus melekat-melekat akibat dari pembedahan yang lalu, nak ambik boleh tapi selepas sebulan dengan kuantiti yang sederhana.

Pati haruan memang tidak digalakkan kerana kepekatan dia untuk caeser kerana boleh menyebabkan adhesion colic yang puan alami tadi...ibu bersalin secara normal sangat baik makan pati haruan sebab penyembuh luka yang sangat cepat.

Bila operate mintak tolong jangan makan pati haruan sangat bahaya takut jadi seperti saya...dinding rahim melekat2 dgn usus perut.. operation yang singkat boleh jadi lama dan ianya sangat menyakitkan x boleh nak digambarkan bila tengah operate kita dapat rasa sakit sangat.

Semasa mengandung pun saya sering kali sakit perut iaitu cramp, bila baby makin besar makin kuat saya cramp.. baru saya tau rupanya cramp tu disebabkan kelekatan yg melibatkan saraf apabila kita duduk bangun berjalan..semua ini berlaku ada hikmah yg berjuta Allah berikan.... 

Mama doakan umar menjadi pejuang islam yg allah swt cintai..boleh share kalu nk bgtau mami yg pernah operate..

- Siakapkeli.my

**Kisah kami kongsikan adalah kisah yang terjadi kepada Puan Nor Farra Farihan, bukan dari kajian atau sebarang fakta yang dikeluarkan pihak perubatan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. terima kasih atas perkongsian tersebut.. ramai para ibu belum tahu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli