Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Orang Korea Asalnya Taklah Cantik Mana Pun," Doktor Ini Kongsi 3 Amalan Orang Korea Untuk Dapatkan Kulit Cantik, Bersih Dan Gebu

Gambar Hiasan

Memang ramai mengakui artis daripada negara Korea begitu cantik, kulit mereka gebu dan putih, ada yang mengatakan mereka cantik kerana ramai antara mereka melalui proses pembedahan.

Tetapi perlu diketahui, proses pembedahan hanya memperbaiki struktur muka, bukan kulit muka, jadi bagaimana mereka boleh dapatkan kulit muka dengan begitu cantik, putih dan gebu?

Untuk mengetahui hal ini, seorang doktor bernama Hana Hadzrami telah berkongsikan rahsia kecantikan orang Korea ini, jom kita baca.

Gambar Hiasan

KULIT K-POP

Cantik ke orang korea selatan?

Orang korea asal tidaklah secantik mana, rupa biasa-biasa saja. Namun mereka rata-rata mempunyai kulit yang cantik. Warga tua mereka walaupun dah berumur, tetap berkulit tegang dan lambat berkedut.

Walaupun pembedahan kosmetik adalah biasa di korea, namun kecantikan kulit takkan dapat diperolehi daripada pembedahan. Pembedahan kosmetik hanya memperbaiki struktur muka, bukan kulit muka.

Tak seperti rakyat negara kita yang suka mengambil jalan pintas mahukan kulit cantik dengan menggunakan penjagaan kulit yang mengandungi merkuri dan hidroquinon atau suntikan vitamin; orang korea rata-rata mengamalkan budaya penjagaan kulit sihat jangka panjang sedari usia muda.

Pertamanya, mereka amat menitik beratkan soal kesihatan. Ini kerana sistem perubatan mereka sangat mahal dan tak ditanggung kerajaan. Mereka tak mampu untuk jatuh sakit. Jadi mereka banyak bersenam dan menjaga pemakanan. Tak seperti orang kita, sudahlah perubatan disubsidi kerajaan sehingga 95%, ubatan percuma pun seringkali kita bazirkan. Lagi berumur, lagi makan sesuka hati, seolah-olah tiada esok bagimu.

Warga tua mereka sering memenuhi pusat rekreasi untuk melakukan aktiviti seperti memanjat gunung, merentas hutan supaya kekal sihat. Warga tua kita pula sinonim dengan berpenyakit 3 dan 4 serangkai, sedangkan warga tua mereka cergas dan sihat.

Keduanya, dari segi pemakanan; lauk pauk harian mereka jarang yang bergoreng atau bertumis seperti kita. Kebanyakan lauk mereka direbus atau distim. Mereka juga makan nasi seperti kita.

Malah nasi dimakan 3 kali sehari termasuk sarapan pagi. Tetapi berbeza dari segi lauk pauk. Lauk kita mengandungi protein sehingga 3 jenis (ayam, daging, ikan) dan hanya satu jenis sayur. Tetapi lauk mereka mereka mengandungi hanya satu jenis protein dan 5 atau 6 jenis sayur bagi setiap hidangan.

Dari segi kesihatan dan makanan saja kita dah kalah teruk.

Ketiganya, penjagaan kulit kita lazimnya bermula lambat apabila usia masuk 20an; iaitu apabila memasuki alam pekerjaan. Penjagaan kulit mereka pula bermula dari zaman persekolahan.

Umumnya, mereka sangat obses dengan penggunaan sunscreen. Tak boleh keluar rumah jika tak sapu sunscreen. Betullah tu, kerana sinaran UV boleh mempercepatkan proses penuaan.

Penjagaan kulit kita umumnya mengandungi 2 atau 3 langkah; iaitu mencuci muka, memakai toner (kadang ya, kadang tidak), seterusnya pelembab muka. Tetapi penjagaan kulit mereka, paling cincai pun ada 7 langkah:

1. Membersihkan muka dari alat solek dengan pencuci berasaskan minyak (cleansing oil)
2. Mencuci muka dengan pencuci muka. Mereka amat memberatkan double cleansing.
3. Menggunakan toner bagi membuang sisa-sisa alat solek dan pencuci muka. Kulit yang bersih adalah kulit yang sihat.
4. Menggunakan esen muka bagi membantu penyerapan pada kulit.
5. Menggunakan serum muka. Serum akan memperbaiki kulit dari dalam.
6. Meletakkan pelembab muka bagi mengekalkan serum didalam kulit.
7. Memakai topeng perawat muka (mask) ataupun topeng tidur (sleeping mask).

Anda boleh nampak sendiri betapa licin dan mulusnya wajah mereka. Dari dekat nampak berkilat dan halus.

Oleh itu orang korea tak perlu menata rias wajah mereka seperti orang barat yang suka menempek berlapis-lapis alat mekap sehingga rupa sebelum dan selepas berbeza 200%. Orang korea menata rias muka dengan tipis dan gemar memaparkan kecantikan asli.

Nakkan kulit cantik dan sihat? Tiada jalan pintas. Jagalah kesihatan dan pemakanan. Seterusnya rajin-rajinlah menjaga kulit.

Tak guna kulit putih licin sehingga nampak urat hijau dengan menggunakan krim bermerkuri dan berhidroquinon jika akhirnya anda terlantar di hospital rosak hati dan buah pinggang akibat kesan sampingan krim muka.

Tak guna juga kulit tegang tetapi badan terbarai akibat tak jaga kesihatan, arteri penuh plak dan lemak tebal 6 inci di badan.

Jika sihat pasti cantik. Jika cantik belum tentu sihat. Ini kalau nak jadi cantik lah. Kalau tak nak cantik, tiada siapa paksa pun.

Hana Hadzrami

Dah namanya perempuan

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli