Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menikmati Keindahan Alam Di Luar Jendela, Juga 9 Sebab Ini Mengapa Perjalanan Dengan 'Trans-Siberian Railways' Sangat ‘Awesome’

No Comment
Foto: Nazri Moji 

Apabila dapat bercuti, atau mengembara ke tempat baru, kita sudah akan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin, untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah, juga yang popular di negara tersebut.

Ada di antar kita yang gemar menggunakan perkhidmatan awam, dalam menuju ke satu-satu destinasi, dan ada juga yang menyewa kenderaan di sana, untuk mempercepatkan perjalanan, dan memudahkan pergerakan, lebih-lebih lagi jika berjalan secara berkumpulan.

Tapi, menurut seorang lelaki, yang popular dengan pengembaraan secara backpacker di serata dunia ini, saudara Nazri Arshad kongsikan detik indah sewaktu dia menggunakan perkhidmatan kereta api ketika di Rusia.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: Nazri Moji 

10 SEBAB KENAPA #TransSiberian Railway SANGAT AWESOME BAGI AKU 

Sesuatu yang membuatkan pengembaraan dengan keretapi di Russia ni sangat menyeronokkan adalah kau dapat pelbagai pengalaman yang berbeza berbanding menaiki bas mahupun kapal terbang.

Mari sini aku senaraikan beberapa :

1. Layan Pemandangan Luar Jendela

Pergerakan yang perlahan (kadang tu laju juga) dan terlalu jauh membolehkan kita dapat layan pemandangan di luar jendela sepuas-puasnya. Kalau keretapi yang terlalu laju,pengalaman yang kita dapat lebih kepada keseronokan meluncur laju sehingga 200~400km/j.

Bonus kalau travel waktu musim sejuk/salji. Kau akan nampak bermacam kerenah didalam & diluar keretapi.

Foto: Nazri Moji 
2. Bergerak Ke Gerabak

Bergerak bebas kehulu-hilir ke setiap gerabak yang panjang & melihat perbezaan masyarakat dalam setiap gerabak. Dalam kapal terbang kalau kau berjalan kehulu hilir terlalu kerap nanti mesti orang pandang semacam.

Dah la sempit kapal terbang tu, takder pemandangan yang menarik sangat selain dari awan & langit hampir keseluruhan perjalanan.

3. Keunikan Stesen

Setiap kali berhenti di stesen yang berbeza, inilah peluang untuk kau turun & melihat dunia sekitar stesen. Ada stesen yang berhenti untuk 5min sahaja & ada yang berhenti sehingga 40min, jadi tak semua stesen yang digalakkan kau turun, tapi kalau ada peluang turun, ambiklah peluang tu. Walaupun sekadar untuk pergi berak di tandas, kau buat jer la. Tapi kena cepat, silap hari bulan kena tinggal

*terjadi pada aku di Russia*

4. Sejarah Stesen Kereta Api

Setiap stesen keretapi ada cerita/sejarahnya tersendiri. Khususnya stesen yang besar di bandar. Reka bentuk bangunan yang cantik & unik. Contohnya di Yekaterinburg. Di dalam ruang menunggu ada 'mural art' yang sangat besar di dinding & atas syiling bangunan. Seakan berada di dalam muzium di negara Eropah.

5. Lokomotif Sebagai Tugu

Lokomotif lama mereka tidak dihapuskan kesemuanya, dibaik pulih & di cat semula untuk dijadikan 'tugu' bersejarah di stesen tertentu (banyak stesen sebenarnya). Di stesen yang besar, ada kepala keretapi (lokomotif) yang lama diletakkan di tepi stesen sebagai pameran untuk pengunjung.

6. The-Real-Russian-Winter-Fashion

Mengembara dengan keretapi di musim sejuk di Russia akan disajikan dengan pemandangan 'the-real-russian-winter-fashion'. Jaket tebal potongan moden & jaket klasik dengan penutup kepala (hoodies) berbulu-bulu yang sangat sinonim dengan 'trademark' orang Russia akan mudah dilihat hampir dimana-mana.

Bulu nipis, bulu tebal, gebu-gebas, bulu putih hitam coklat kelabu malah campuran warna menjadi fesyen utama mereka. Bulu ni bukan semata-mata bergaya, ada fungsi sebenarnya.

7. Lelaki Berjaket Kulit

Jaket kulit warna hitam yang dipakai lelaki Russia selalunya dipakai oleh mereka yang memiliki wajah persis gangster/mafia dalam filem Hollywood. Menjinjing beg pakaian yang besar dengan sebelah tangan & sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket atau sekali-sekala menghisap rokok menunggu ketibaan keretapi atau sedang menunggu seseorang adalah sesuatu pemandangan yang paling 'menyeronokkan' untuk dilihat. Kau jangan tenung lebih-lebih, jelingan mata mereka macam nak telan kau

Foto: Nazri Moji 
8. Ushanka

Topi berbulu @ Ushanka yang menjadi topi 'trademark' negara Russia memang sedap dipakai waktu musim sejuk. Melihat wanita Russia mengenakan Ushanka dikepala mereka boleh membuatkan lelaki bergetar rusuk & jantung berdegup laju. Kena pulak perempuan tu tinggi lampai & cantik. Fuh~ tak perlu kau berimiginasi, buka google jer

9. Abadikan Dengan Lensa Kamera

Kamera adalah sesuatu yang wajib jika mengembara dengan keretapi merentas Siberia. Rugi jika kau tak abadikan 'kehidupan' luar & dalam sepanjang pengembaraan.

10. Adegan Lambaian Tangan

Lihatlah dari mata seorang yang mengembara di dalamnya & orang yang ditinggalkan diluar keretapi. Lambaian syahdu yang boleh meninggalkan seribu kerinduan.

Mungkin ini sedikit pelik, tapi aku lakukannya. Berdiri dibelakang mereka yang sedang melambai diluar keretapi sambil memerhati mereka yang berada di dalamnya. Acah-acah hindustan? Heh, this is Russia bro!

BONUS!

11. Rasai Pengalaman Sendiri

Sesetengah orang akan cepat bosan & tepu mati akal nak menempuhi perjalanan jauh & lama. Tak tahu nak buat apa & tak tahu nak ke mana disetiap perhentian. 

Tapi untuk mereka yang dah ada 'pengalaman journey' yang lain sebelum ke TSR, mereka akan seronok & puas dengan waktu yang berlalu pergi penuh makna di setiap destinasi & disetiap gerabak yang diduduki.

Foto: Nazri Moji 

Tapi kena ingat, tak semua orang akan dapat 'hadam & memahami' kenapa seseorang itu teringin melakukan pengembaraan ini.

Nasihat terbaik aku,pergilah travel ke tempat lain dahulu. Kau rasa, alami & kumpul pengalaman dari tempat & journey yang berbeza. Kemudian, pasang impian untuk ke Trans-Siberian Railway (TSR).

Perasaan yang sangat berbeza berbanding kau terus nak buat sekarang semata-mata nak ikut trend & tanpa ada pengalaman lepas. Seriously, sangat-sangat berbeza.

Nazri Arshad / Instagram @moji16

Foto: Nazri Moji 

Foto: Nazri Moji 

Foto: Nazri Moji 

- Siakap Keli

BACA: "Taktik ‘Scammer’ Persis Seorang Profesional Ini Telah Membuatkan Kami Menjadi Mangsa Ketika Travel Di India" - Pengembara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli