Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menangis, Merengek, Juga Berguling-Guling Di Pasaraya, Ini Tip Buat Ibu Bapa Dalam Mengawal Anak Tantrum

No Comment
Gambar Hiasan

Mempunyai anak yang sering menangis, merengek, atau berguling-guling jika tidak mendapatkan sesuatu yang mereka ingini sudah pasti akan membuatkan ibu bapa pening kepala, lebih-lebih lagi jika berlaku di tempat awam, dan ramai orang.

Kebanyakan dari ibu bapa akan memberikan apa yang mereka inginkan, dalam membuatkan anak itu diam, atau mereka akan memarahi, juga menengking anak tersebut, dengan niat untuk menakut-nakutkan mereka.

Namun, cara sebegitu tidak membantu untuk menangani anak tantrum ini, menurut saudara Muhammad Ahmad, terdapat cara yang baik dalam melayan anak tantrum ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Anak TANTRUM boleh diibaratkan seperti seseorang sedang lemas. Mereka tantrum sebab TIDAK DAPAT apa yang mereka mahukan. Orang lemas jangan terus kita tarik mereka, biarkan mereka tenggelam sedikit baru tarik.

1. Biarkan, Jangan Beri Apa Mereka Mahukan

Begitu juga anak tantrum, biarkan mereka berguling-guling dan kita jauhkan sedikit, pastikan tempat mereka berguling-guling itu tidak bahayakan diri mereka dan orang lain.

Jangan malu dipandang orang, kita sedang didik emosi anak. Jangan hati basah, Hati mau kering, anak tantrum terus belikan apa yang mereka mahukan, ini salah. Jika kita sedang melihat anak orang lain sedang tantrum jangan pula kita layan anak itu, anak tantrum perlukan simpati bahkan dari orang lain juga. Jika kita layan, nanti mereka akan mulai faham orang lain lebih simpati dari ibu bapa mereka sendiri.

2. Kesan Dari Awal

Paling terbaik kita dapat kesan dari awal symptoms tantrum. Bawa sesuatu dari rumah seperti permainan atau buku bacaan mereka, cuba alihkan perhatian mereka dari arah lain. Berkomunikasi lebih awal dengan mereka sebelum terkeluar dari mulut apa yan mereka mahukan.

Kita perlu bijak untuk menangani masalah tantrum dengan emosi yang lebih baik dan tenang, bukan dengan marah, jentik telinga atau tengking mereka.


3. Jangan Tengking

Betapa bahayanya jika kita ajar tengking mereka. Otak mereka akan mula proses perkataan-perkataan dan nada yang kita guna. Tidak hairanlah jika suatu masa nanti mereka tiba-tiba tengking kita balik, lawan cakap kita. Jadi, hentikan tengking anak untuk betulkan kesalahan mereka. Diam juga salah satu cara untuk menangani tantrum. Biarkan, nanti mereka akan penat dan tenang.

4. Ajak Makan

Apabila mereka tenang ajak mereka makan, sekarang kita nak didik emosi mereka supaya faham dengan tindakan kita. Kita bukan tak mampu nak beli apa yang mereka mahukan. Gula-gula je pun, tetapi jika dilayan mereka akan makin 'naik kepala'. Terangkan kenapa tidak boleh beli mainan mereka nak, gula-gula mereka nak.


5. Terangkan Mengapa Tidak Boleh Beli

"Muhammad, abi bukan taknak beli kereta kontrol tu, tapi duit abi tak cukup, jika abi beli habis duit abi, kesian umi tak dapat beli sayur, beras, nanti kita nak makan apa? Uminya pandailah buat-buat muka sedih, nanti bila mereka tengok kita emosi sedih, mereka pula akan simpati dengan kita.

Tentang gula-gula atau jajan cerita keburukan makanan tersebut. Tak bagus untuk kesihatan, makan gula-gula nanti boleh kena kencing manis, rosak buah pinggang, rosak gigi dan usus. Gula-gula dan jajan adalah perosak.

Mereka mulai faham, kesian umi dan abi tak boleh beli kereta kontrol sebab nak beli sayur dan beras. Patutlah tak bagus makan gula-gula dan jajan, rupanya tak bagus untuk kesihatan.

6. Bawa Ke Kereta

Masih tantrum? Itu kerja abi lah, angkat atau peluk mereka terus bawa masuk kereta. Nanti dalam kereta dah penat, kena aircorn tidurlah mereka. Balik rumah baru terangkan kepada mereka.

Anak tantrum? kawal pemakanan, elakkan jajan, gula-gula, makanan segera. Bagi perhatian kepada mereka dirumah. Ketika mereka sedang bermain, join mereka. Tantrum juga berlaku juga disebabkan oleh kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Anak sedang bermain mak ayah sibuk dengan HP. HENTIKAN.

*Jika berlarutan bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.

HADIAHKAN SESUATU UNTUK ANAK DENGAN PENUH SIFAT KASIH SAYANG BUKAN DENGAN SIFAT BAKHIL.

-EncikMatt-

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli